Malaysia Gembira, Morocco Gusar..


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang berkuasa di langit dan di bumi kerana telah memberikan kemenangan kepada ISLAM dan juga penegak keadilan InsyaALLAH, di Malaysia sana.Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Selangor.Keputusan yang tidak dijangka2 oleh semua orang, namun itulah kuasa ALLAH~ALLAHuAKBAR!

Sedikit terkilan kerana Terengganu tidak melengkapi kemenangan besar BA itu.Namun, perjuangan mesti diteruskan.HikmahNya pasti ditemui disebalik kepahitan kekalahan itu.Jika melihat dari perspektif lain, revolusi rakyat ini dapat meningkatkan kualiti pemimpin2 masyarakat untuk masa akan datang.Masing2 pasti akan memberikan khidmat yang terbaik kerana mereka sedar bahawa masyarakat sekarang sudah mampu berfikir dengan baik.~Malaysia Loni Tidok Serupo Mulo..

Tok Maimun Sudah Serik Menjadi Calon..pengalaman tok..=)

Di kampung aku, DUN Ladang (DUN Ustaz Azhar), Alhamdulillah PAS yang diwakili oleh ayah kenalanku di SMKA Sheikh Abdul Malek dulu, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar telah memenanginya semalam.Harap2 makin baiklah kawasan aku tu.Bagi Parlimen KT pulak, YB Razali Ismail masih mempertahankan kerusinya daripada dirampas oleh Mat Sabu dan Tok Maimun.Bagi aku, memang YB Razali ini antara yang cemerlang kepimpinannya dan berlatarbelakangkan akademik~Platform juga penting..

Gembira dengan keadaan di Malaysia, tapi diserang gusar di Morocco kini.InsyaALLAH Khamis ini, aku akan menempuh peperiksaan pertengahan sem2.Doa2kan aku berjaya disini untuk membuktikan pernyataan bahawa 'Umat ISLAM sudah bersedia untuk memenangkan ISLAM..'~takbir!!



-no perfect person-
1043am
2 Rabiul Awal 1429
-Zaman Kebangkitan Rakyat-

0 Comments to "Malaysia Gembira, Morocco Gusar.."

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft