Assalamualaikum w.b.t.
Masih keletihan setelah baru pulang dari merantau ke tempat orang.Disebabkan tidak mahu blog ni bersawang, maka aku menguatkan diri aku ini untuk cuba mengepost sedikit sebanyak apa yang mampu aku catatkan disini..
Alhamdulillah, Jumaat lepas, kami (aku, Hamiz dan Azim) berpeluang untuk menziarahi sahabat2 di Mohammedia.Di Mohammedia kami dihidangkan makanan2 yang lebih dari cukup.Kalau aku duduk disini cukup satu minggu, memang akan kembanglah aku agaknya...Bermalam disana selama satu malam sahaja memang tidak mencukupi..Tetapi disebabkan kami pelajar2 tahun 1 akan menghadiri Thaqofah Kitab (yang ke-2 bagi aku) di Casablanca, jadi terpaksalah kami beransur pergi.InsyaALLAh ada rezeki, akan sampai lagi..
Bernostalgia di 'Taman Bunga' Mohammedia..=P Di Casa, pada mulanya segan jugak aku untuk menghadiri Thaqofah Kitab kali ini, tapi lepas fikir2 balik, aku berpendapat tak salah rasanya jika aku masuk sekali lagi.Solat pun masih boleh i3adah(ulang)..Alhamdulillah untuk Thaqofah Kitab kali ini aku rasa lebih menjelaskan kepada aku apa yang masih kabur2 sebelum ni..Dan pada masa itu jugak, terkantoinya kepekatan loghat Terengganu 'seseorang itu' didepan khalayak ramai..Siapakah 'seseorang itu'??huhu..
Masing2 khusyu3 mendengar kuliah thaqofah kitab..hehe..=)
Keesokan harinya kami beramai2 ke Maaridh Kutub (Ekspo Buku) berhampiran Masjid Hassan Thani (Dikhabarkan masjid Ke-3 terbesar didunia tetapi belum ku jumpai didalam mana2 fakta tentang itu).Hajat di hati bukanlah untuk memborong semua kitab2 disini, tetapi hanya sekadar untuk memiliki satu dua kitab yang dirasakan perlu dan mampu dibaca oleh diri aku.Apa guna jika aku beli kitab banyak2, tapi hanya sekadar menjadi tempat habuk2 berteduh..Ini khas bagi diri aku, bukan kepada diri sahabat2.Harap memahami..
Sahabat2 bergambar kenangan di Maaridh..Aku pulak jadi camera-man..=D Dalam masa 2 hari aku di Casa, tak sempat bagi aku mengenali sepenuhnya tempat2 di Casa ini..Rasa nak pergi balik je Casa ni..Macam menarik je..ada apa entah kat Casa tu..ahha..
Minggu ni jamiah aku dah buka.Maybe lepas ni sibuk la sikit dengan kuliah2 disini..Aku nak mintak maaf awal2 jika blog ni bersawang nanti, harap2 tidaklah..Dah lama bercuti, sekarang ni masa untuk 'prepare' balik kepala untuk ke jamiah..#
-no perfect person-
1240pm
4 Safar 1429h
0 Comments to "Rehlah Mohammedia-Casa"
Post a Comment