Siapa Lagi Nak Honeymoon Di Sini??



Assalamualaikum w.b.t.

Pagi tadi aku, Rahim, Zaid dan Ustaz Syeikh kita ke Kenitra lagi untuk program thaqofah kitab bagi tahun 1 mahasiswa Rabat dan Kenitra.Ulang-alik je aku ke Kenitra bulan ni.Nak buat macamana, dah ada urusan..Program thaqofah kitab tu disampaikan oleh Tuan Presiden PMMM, Saudara Mus3ad..Dalam program tu, banyaklah yang aku dapat gambaran tentang kitab2 arab ni..bolehla input skit2..dan antara nasihat lain Tuan Presiden kita yang sempoi ni ialah:-

"Ulama2 bersikap terbuka dalam munaqasyah (perbincangan) ilmu.Walaupun tidak bersependapat dalam suatu perkara, tapi dalam perkara yang dipersetujui bersama, diorang bersatu.Dalam konteks yang lebih luas, jangan kerana satu perselisihan pendapat, kita memadamkan semua persamaan antara kita..andai ada kawan kita yang silap satu perkara kepada kita, jangan sampai kita melupakan segala jasa baik dia kepada kita selama ini.."

Abang dan Adik Merantau Bersama..=)

Lepas solat Zohor, aku terus balik ke Rabat berseorangan.Sahabat aku bertiga lagi meneruskan perjalanan ke Fes.Menziarahi sahabat2 di Fes dan melawat tempat Tok Guru2 disana.Walaupun hajat dihati untuk menyertai mereka, namun disebabkan sedikit masalah yang tak dapat dielakkan, terpaksalah aku melupakan hasrat itu.InsyaALLAH ada rezeki, akan aku sampai gak sana pada masa akan datang.

Sampai2 Rabat, aku ronda2 Kota Rabat dulu.Sampai jugak aku ke Oudaya (macam Taman Syahbandar) petang tadi..Sesat jugak la seposen..huhu..Last2 masa jalan2 tu, aku ternampak dua muka Melayu kat Sweqa (macam Chow Kit,aku pon tak tahu Chow Kit tu gane..kui3).Aku tegur la diorang.Dengan serta-merta aku meramahkan diri aku ini, menegur mereka..Mujur diorang ni pun ramah jugak.Ada la jugak modal nak bersembang..Rupa2nya diorang ni dari Singapura, mari ber'honeymoon' disini.Abang Rizal dan Kak Hidayati.Katanya baru sampai disini semalam..Lepas tu, kami pun jalan2 la kat Sweqa tu..Adat perempuan suka beli barang, tak terkecuali la Kak Hidayati ni...bese la perempuan..kuang3..

Aku dengan Abang Rizal..Cube teka siapa yang belanja?hehe..

Sebelum kami balik ke kediaman masing2, kami singgah sebentar untuk makan malam di sebuah kedai.Mereka ni nak mencuba la makanan Morocco ni.Walaupun tojin ada di Singapura, namun tidak sama dengan tojin Morocco.Sambil2 makan, banyak jugak la bersembang dengan diorang ni..Sempat jugak kami bertukar2 email.Ukhuwah Fillah kan, Ameen..Erm, suka pulak jumpa bangsa sendiri di lautan Arab ni..Siapa lagi nak honeymoon sini?Dipersilakan..hehe..#




-no perfect person-
2340pm
29 Muharram 1429

0 Comments to "Siapa Lagi Nak Honeymoon Di Sini??"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft