Bersyukur Dengan Apa Yang Ada..



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah kami berlima junior2 Rabat baru sampai ke sini (Rabat) dari Kenitra dengan beberapa urusan yang hendak diselesaikan.Ada yang dah selesai, dan ada lagi yang belum.Andai tiada senarai urusan untuk disettlekan pun, kami rasa lebih baik untuk kami balik ke Rabat sebab segan jugak duk rumah orang lama2..pergi ke Kenitra pun untuk urusan program Hari Malaysia.Ada yang masuk zapin, silat dan nasyid..aku??sekadar pemerhati..tiada bakat untuk semua acara itu..huhu..Alhamdulillah..

Di Kenitra, kami berkesempatan la melawat Jamiah (Universiti) Ibnu Tufail.Konon2 lawatan sambil belajar la ni..pemandu pelancongnya Munzir a.k.a Mail..Boleh tahan jugak jauhnya, tapi rasanya tak boleh lawan lagi jamiah kami di Rabat..hehe..Dari segi infrastruktur jamiah ni boleh dikatakan lebih hadhari la berbanding jamiah kami walaupun jamiah diorang ni terletak di kawasan pedalaman..kui3.ada taman, cafe, kawasan pun luas..Sampai semua yang ada di jamiah tu dipuji oleh kawan2 aku..semuanya nak dibandingkan dengan jamiah di Rabat..

Sempat je kami bergambar..hehe

"Tengok, kat sini ada ....., kat jamiah kita takde pon.." ujar seorang kawan aku..
"eeii, kat jamiah diorang ada cafe la, sedapnye..boleh baca2 buku kat cafe.." tambahnya lagi..
"ishk, ko ni asyik ingat nak makan jer..huhu.."seorang temanku menyakat..

dan banyak lagi daa..takkan nak tulis semua kat sini=P

Kadang kala, kita kurang menghargai apa yang ada di depan mata kita..Semua yang ada pada orang lain itulah yang lebih baik.Apa yang kita miliki, semuanya tidak cukup..Handset canggih dah ada, tapi masih nak beli yang lebih up-to-date..Kasih mak ayah dah ada,tapi masih nak kasih pakwe makwe lagi..(bercinta lepas kahwin itu lebih indah..kui3)aku tak kata pada sape2 yer..=)

N70 untuk dijual..sbb nk jual : nak jauh dari kemewahan duniawi..kui3

Apa2pon, bagi aku, Jamiah Muhammad Khamis adalah sesuai bagi kami.Walaupun tanpa cafe, walaupun dengan taman yang tak macam taman, walaupun senibina yang hanya segi empat tepat, walaupun sistem yang kurang bersistematik dan walaupun banyak mana lagi perkataan walaupun, jamiah Muhammad Khamis tetap dihati kami..semua ada kelebihan dan kekurangan masing2..

Alhamdulillah dapat jugak aku melepaskan rindu pada 'orang rumah' pagi tadi.Dalam jangka masa yang lama aku tak tel Malaysia, banyaklah kisah2 yang aku nak cerita pada 'orang rumah' aku.' orang rumah' pon banyak cerita untuk aku..hehe..nikmat melepaskan rindu.Jangan salah faham lak, 'orang rumah' yang dimaksudkan itu Ma aku.Ma aku yang berada di rumah..Kalau bagi yang telefon Malaysia hari2 tu (golongan2 homesick) tak tahu la apa yang dia nak cerita.Tapi ok je pun..peace#





-no perfect person-
1728pm
28 Muharram 1428

0 Comments to "Bersyukur Dengan Apa Yang Ada.."

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft