Manisnya Ukhuwah Itu..




Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah.Rasa rajin pulak nak post.Ni baru balik dari jalan2 bersama sahabat2 di sekitar bandar Rabat.Lepas tiga bulan duduk sini, baru berkesempatan mengenali kota Rabat dengan lebih dekat..tak kenal maka tak cinta..Senior2 tak ajak pergi jalan2 sangat dekpon, kami pergi sendiri la..hehe..Senior sibuk memanjang je..takde pun yang sibuk memendek..hua3.

Dari pagi kami keluar dari rumah, lepas asar baru balik semula ke rumah.Selepas selesai urusan bitaqah watani kami, biasa la..ronda2 skali sekala bersama sahabat2ku..Jalan2(takkan nak berlari lak tengah bandar), makan2(makan special skit hari ni..), ambik2 gambar(acara wajib..hehe), nasyid2 (semua test suara termasuklah tok syeikh kita..teman sejati)Manisnya ukhuwah itu..bile lagi nak beramal, asyik berteori je kan?

Doreh-Maqam Raja Morocco (Muhd ke-5 dan Hasan ke-2)

Kat rumah aku hari ni, ramai dah yang beransur pulang ke kediaman masing2.Jadi rumah aku hari ni taklah semeriah sebelumnya.Tetapi kami disini masih bahagia..Sepanjang mereka2 ni ada sini, macam2 ragam ada..rindu pulak suasana sebegitu..dan apa yang aku tak lupa macam2 dialog yang didengari..(aku la yang banyak kena nye..takpe3, ade budu ada belacan..)

Haflah lepas main futsal ramai2 malam hari di padang Qamrah

DIALOG KASIH SAYANG

"Kerang makang ikang dengang belacang.."
"Kerang maneng boleng makang pedah.."
"akung nak maing bolang.."
"go dio gak dari takdi.."
"mae bole, tido bole, make bole.."

DIALOG ILMIAH

"Kenapa kamu belajar?"
"Sebab nak dapat ilmu.."
"Sebab nak tahu lah.."
"Kamu silap..Jangan kamu belajar kerana nak dapat ilmu atau nak tahu, tapi belajarlah kerana nak baiki diri kamu sendiri.."

DIALOG MUHASABAH

"Ayah aku cakap balik dari Morocco nanti, biar Al-Quran baca betul2.. tajwidnya, harakatnya, makhrajnya.."
"Kalau nak lulus di sini boleh sangat, tapi apa istifadah yang kita bawak balik dari kelulusan kita itu untuk masyarakat?"
"Aku takut kalu balik masih tak fasih bercakap arab dan tak tahu apa nak jawab kalau ada orang tanya hukum hakam ni..nak2 feqah..ishk"




-no perfect person-
1956pm
24 Muharram 1429

0 Comments to "Manisnya Ukhuwah Itu.."

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft