Ukhuwah Itu Indah..


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dah lama tak mengepost.Cuti ni aku buat2 sibuk sikit.Lepas menziarahi sahabat2 di Kenitra, aku mengikuti program Persatuan Mahasiswa Malaysia di Morocco (PMMM).Kembara salju lagi tapi di Ifrane pulak.Mentang2lah cuti, beraya sakan ye.Bukan apa, aku cuma sekadar nak merapatkan ukhuwah dengan sahabat2 je, terutama senior2 yang hanya berkesempatan jumpa dalam program2 persatuan..Memang best la..Ukhuwah itukan indah..

Dua tiga hari selepas post 'Kenitra Menggamit Memori..', Alhamdulillah aku menerima respon dari sahabat2 mengenai kuliah ustaz kesayangan aku, Ustaz Azhar Idrus di alam maya.Terima kasih kepada sahabat2.Moga mendapat saham berantai InsyaALLAH.Kalau ada masa, lawatlah link yang telah aku letak di blog ini..Walaupun kita tidak mampu membina, menyebarkannya pun sudah cukup..Mudah amalan, tetapi mahal ganjaran..

Teringat pulak aku kepada satu artikel tentang saham berantai ni..Mungkin ramai sahabat2 dah mengetahuinya..Antara amalan2 yang mudah, tetapi insyaALLAH mendapat ganjaran yang besar..Menghadiahkan Al-Quran, kitab2 ataupun buku2 Ilmiah kepada sahabat2(mahupun sesiapa saja),mewakafkan kerusi roda, mengajar ilmu atau doa kepada yang belum mengetahuinya, sedekah jariah dan banyak lagi..tak ingat dah..Kalu ada yang tahu, kongsi2 la yer..Dalam hal SMS, mesej friendster, email berantai ini tiada kaitan dengan apa yang aku nak bagitahu.Yang tu sahabat2 boleh menilai sendiri..

Kau Kawan, Sahabat dan Teman

Minggu ni ramai yang berkampung di rumah aku kerana ingin menyelesaikan urusan masing2 di Rabat.Ceria sikit rumah aku dengan suka tawa mereka2 ini..hehe..Baru2 ni pun sempat jugak kami banin2 dari Terengganu bertemu bersama selepas beberapa bulan tidak bersua.Banyak la cerita2 yang hendak dikhabarkan..Cerita apa?Biarlah rahsia..Banyak lagi program aku untuk musim cuti ini..Tapi kita hanya merancang,Allah yang menentukannya..InsyaALLAH aku akan cerita pada masa akan datang, andai jasad ini masih bernyawa..#




-no perfect person-
0854am
21 Muharram 1429

0 Comments to "Ukhuwah Itu Indah.."

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft