Kenitra Menggamit Memori..
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah 3ala kulli hal.Aku baru balik dari Kenitra, niat dihati menziarahi sahabat2.Biasalah, cuti..Aku pun memang suka pegi jalan2 ni.Kembara sufi la kononnya..haha.Lama jugak aku di sana.Tiga malam.Pergi hari Ahad, baru balik semalam,Rabu.Walaupun sepanjang aku disana ketiadaan sahabat aku dari Terengganu, Hariz kerana pergi menziarahi kawan arabnya di Wazan, tidaklah terlalu kekok untuk aku keseorangan kerana sahabat2 lain peramah dan mudah mesra semuanya.Syukran!
di lambo surau ladang..rindu bangat!
Keesokannya pulak, aku dapat tendang bola buat pertama kali semenjak hampir 3 bulan aku disini.Wah!!Suka gila aku dapat main bola disini.Tapi lama dah tak main, membuatkan aku cepat letih.Tapi aku tetap enjoy dengan game tu.Rindu jugak teringat dulu main petang2 ngan kawan2 di padang Maahad..ops, IQT dah sekarang.Dengar2 citer liga Pra-Muttaqun dah nak start.Harap2 bukan sekadar bermain la ye wahai sahabat2ku.Perjuanganku disana belum selesai..moga ada yang menyambungnya..Ameen.
Jika IQT sibuk dengan Liga Pra-Muttaqun, rakyat Morocco disini sibuk dengan Piala Afrika yang sedang berlangsung di Ghana.Orang disini memang gila bola.Kalau ada match, memang penuh la maqha (kedai kopi) disini.Pasukan Maghribi ni pun bukan calang2 pasukan gak la.Hari tu lawan France pon seri 2-2.Kalu lawan Malaysia tak tahu la camne..sengit jugak kot..Petang Selasa, Abang Boy ajak pergi sakaniah, melawat rumah kawannya..Berkesempatan jugaklah tengok match Mesir lawan Cameroon..Best gila Mesir main..harap2 final nanti Morocco lawan Mesir..=P
Balik ke Rabat train pukul 8.00 pagi,Rabu.Basuh baju semua2, settle mana yang tak settle..insyaALLAH ada rezeki, hajat nak sambung lagi pengembaraan musim cuti aku ni..hehe..tapi kena settle semua lu terutama urusan bitaqah (kad pengenalan Magribi).Almaklumlah visa dah nak expired.Malam tadi pergi tahlil di Villa Salsabila.Al-Fatihah buat abang Ukhty Khuzaimah..Moga tergolong dikalangan orang2 soleh disana..ameen..
p/s:Selamat Hari Lahir abah-13 Muharam..Moga dipermudahkan urusan dan dirahmati ALLAH hendaknya..Sori lambat, tak sempat menaip..apa la abang ni..buat2 sibuk sokmo=)
-no perfect person-
1014am
15 Muharam 1429
0 Comments to "Kenitra Menggamit Memori.."
Post a Comment