Kembara Salju Ke Oukaimeden 1429h

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah ALLAH masih memberi kesempatan kepadaku untuk terus hidup menikmati keindahan dan hikmah ciptaanNya di muka bumi ini.Aku berkesempatan untuk merasai sedikit anugerah yang ALLAH kurniakan kepada hamba2Nya.Kembara salju dari Rabat ke Oukaimeden, Marrakech memenuhi agenda musim sejuk aku di sini.Terima kasih kepada pihak penganjur (senior2 Rabat) kerana bersusah payah menguruskan program ini biarpun pelbagai onak duri dilalui sebelum program berlangsung.

Perjalanan ke destinasi mengambil masa lebih kurang 4-5 jam.Seperti biasa, dalam kebosanan dan ke’sempitan’ duduk di dalam bas, aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Mujurlah (baca Alhamdulillah) selepas Subuh, pemandu bas itu memasang bacaan Al-Quran.Surah Al-Baqarah-jadi bolehlah aku mengulang lebih kurang sehingga aku pun tak sedar bila aku terlelap.Sesekali melihat keindahan pemandangan desa di sekitar lebuhraya, mendengar nasyid di radio, tetapi banyak masa aku habiskan masa dengan merehatkan mata aku.

Kalau nak cerita detail satu2 memang banyaklah.Dahlah aku ni memang takde bakat nak bercerita.Kalau masuk pertandingan bercerita tu, confirm memang dapat nombor last punya.Habis baik pun kedua last.Malaslah aku nak bercerita panjang2.Bukan best sangat pun cerita ini.Tapi yang aku dapat selepas aku pergi sana adalah pengalaman.Sebelum ni, tengok dalam gambar je ais putih.Habis2 dekat pun aku tengok air batu kisar je.Tak lebih dari tu.

Selain tu, hadaf utama program ini untuk merapatkan ukhuwah antara kami insyaALLAH berjaya mencapai sasaran walaupun bukan semua ahli kami yang terlibat.Terkilan juga hati ini, namun aku tak boleh berbuat apa2, kerana tiada paksaan dalam perkara harus mahupun sunat.Lagipun, diorang yang tak pergi ni ada kerja masing2 yang perlu diselesaikan.

Kebetulan program itu pada hari As-Syura (10 Muharam), dilema jugak untuk aku berpuasa sunat atau tidak.Tapi aku rasa tidak menjadi penghalang bagi aku untuk ber'juang' dengan ais putih meskipun aku sedang berpuasa.Macam diberi kekuatan, Alhamdulillah aku berjaya jugak menyelesaikan ibadah puasa itu.Moga aku tergolong dalam hadith ini (ameen):

Dari Ibnu `Umar r.a., dia berkata: "Tidaklah seorang hamba berpuasa di dalamnya (hari Asyura) kecuali puasanya akan memberikan taufik kepadanya." – Hadis riwayat Imam al-Bukhari.

Ampun maaf diminta kepada senior2 jika diri ini menyusahkan kalian sepanjang kembara salju tempoh hari.Terima kasih jugak kerana menyediakan juadah yang sedap2 dan menyelerakan.Lain kali boleh buat lagi..Mengisi cuti aku ini, sekarang aku sedang merehatkan fikiran di tempat orang..#

p/s:Bukan nak promote diri, cuma sekadar makluman.Kepada sahabat2 yang nak tengok2 gambar aku disini, boleh jer kalau nak tengok kat friendster aku (ekromulhakim).Malas aku nak masukkan gambar banyak2 kat sini.(klik sini).Syukran.



-no perfect person-
2308pm
12 Muharram 1429

0 Comments to "Kembara Salju Ke Oukaimeden 1429h"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft