Dapat Apa Yang Perlu..


Assalamualaikum w.b.t.

Pagi tadi aku ke bandar Rabat bersama Zaid.Pergi ke wakalah, menyelesaikan suatu kerja untuk dua bulan sekali..Berurusan dengan orang arab ni memang banyak menguji kesabaran kita sebagai manusia..Macam2 ragam diorang ni..Mangsa pertama yang kena adalah Zaid.Aku ingat ke aku dah terlepas, rupa2nya ada juga bahagian aku untuk diuji..sabar je la..Kan ALLAH bersama orang2 yang sabar kan?Apa2 pun, Alhamdulillah urusan akhirnya dipermudahkan..Ada saja pertolongan dari ALLAH..Aku teringat petikan dari satu entry yang aku dah tak ingat aku baca di mana.."Kadang2 ALLAH tak bagi apa yang kita nak sebab ALLAH nak bagi apa yang kita perlu.."

Rumah kami sekarang menerima kunjungan sahabat2 dari Mohammedia.Senior2 aku semuanya.Hajatnya ingin menyelesaikan urusan Bitoqoh Watani yang telah tamat tarikh luputnya..Jadi mereka menjadikan rumah kami sebagai tempat persinggahan mereka..secara peribadi, aku amat gembira dengan kehadiran sahabat2 ke rumah aku, namun aku tetap segan dengan diorang..Seperti biasa, aku mengamalkan sikap pendiam yang jarang aku amalkan di Malaysia dulu.Macam tak percaya je kan?Untuk tidak menimbulkan salah faham, aku kurang minat untuk bercakap bukanlah kerana aku ni berat mulut atau ada emas mahupun gigi emas dalam mulut aku, tetapi kerana masih tidak selesa dengan loghat luar atau fushah malaysia ni..Masih belum ketinggalan 'NG' aku tu..Tapi aku tetap bangga dengan loghat negeri aku..senyum sokmo..!

Aku masih selesa untuk terus berinteraksi dengan persekitaran ini walaupun aku banyak diam dari berkata2.Tidaklah keterlaluan loghat kenegerian aku tu..Walhal, orang di rumah aku pun dah terkeluar loghat Terengganu kadang-kala..Tentu lawak andai orang Terengganu tersasul untuk cakap luar, tetapi lebih lawak apabila orang luar nak cakap Ganu kite ni..memang lawak..!!Untuk pengetahuan, senior di Fullhouse aku ni semuanya dari Pahang..Tidaklah terlalu sukar untuk aku menukar lidah aku kepada lidah Pahang sebab aku masih mempunyai darah Pahang dalam diri aku..Ma aku orang Pekan daa..

Hari ini turn aku masak pulak dah..takde idea nak masak apa..dah la ada tetamu..cuak daa..(debor2)..nak masak tojin (masakan Magribi) takde bahan2 pulak..nak masak merah (lauk bertalaqi dengan ma aku) orang rumah aku ni dah boring dah..Last2 masak sup jer..teringin pulak aku nak makan sup ni..Aku dah tak kisah apa yang diorang nak cakap sebab aku dah memang tak tahu nak masak apa..Sup ni senang jer..main2 campak je apa ada..Maaflah kalau tak sedap yer wahai sahabat2..kalau ada rasa manis itu, ukhuwah fillah..kalau rasa masin itu, asam garam kehidupan..dan kalau ada pahit tu, pengubat duka lara..

Oklah, aku nak berehat lu..seharian aku mengembara di tengah2 lautan arab yang macam2 ragamnya..nak mimpi main salji pulak..kui3#



-no perfect person-
2230pm
8 Muharam 1429

0 Comments to "Dapat Apa Yang Perlu.."

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft