Assalamualaikum w.b.t.
Program Memperingati Maulidurrasul peringkat wilayah Rabat berlangsung dengan jayanya semalam.Program yang bertemakan "Sunnah Ditelusuri, Sahsiah Terpuji" ini bermula dengan kuliah subuh, lepas tu diskusi siswa dan petangnya pula kuiz.Selepas solat asar, kami mahasiswa2 Rabat beriadah dengan bola takraw di depan rumah.Pada malamnya pula, ceramah Maulidurrasul yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Irdha Mokhtar melengkapkan program kami seharian disini.Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran duta Malaysia ke Maghribi dan pegawai2 kedutaan yang lain.
~bukan selalu..Bagi aku, semua program2 yang disusun oleh pihak penganjur menarik sekali.Sekali jer..=P. Kuliah subuh, forum yang menampilkan panel2 hebat belaka, dan juga kuiz yang memang soalannya lebih dari terpaksa memerahkan otak.Aku yang menyertai kuiz mewakili kumpulan aku, Alhamdulillah berjaya mengumpulkan 30 markah.Banyak dah tu.Bersyukurlah dengan apa yang ada. Alhamdulillah juga kumpulan kami mendapat tempat ke-3 keseluruhan.Bukan senang nak dapat tempat ke-3 ni.Namun bukan kemenangan yang kami hajati, tapi objektif program ini kami harapkan dapat diterapkan dalam diri kami masing2 penduduk2 Rabat khasnya.
~Tempat ketiga dari tiga kumpulan..=)
Peserta dari Syatarah ketika acara Diskusi Siswa
Minggu ini aku sedikit sibuk dengan peperiksaan dan urudh (kerja kursus) yang kena hantar pada mingu ni.Diriku ini masih belum bersedia sepenuhnya lagi.Harap2 diberi kekuatan kepada aku untuk itu.Dan akhirnya, moga2 kita dapat menghayati ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan sama2lah kita meneruskan perjuangan baginda bagi melihat kegemilangan ISLAM itu terbit ditengah2 masyarakat yang mahu kezaliman ditolak kini
~ISLAM itu indah..
-no perfect person-
2046
13 Rabiul Awal 1429h
0 Comments to "Sunnah Ditelusuri,Sahsiah Terpuji.."
Post a Comment