Ku Damba TaufiqMu..


Assalamualaikum w.b.t.

Salah satu perkara yang paling aku takut dalam hidup ini adalah memilih salah satu diantara dua pilihan.Takut tersilap pilih.Antara saat yang paling sukar dalam hidupku adalah terpaksa memilih antara kekal di Maahad atau terbang ke Morocco.Ketika itu, memang sukar untuk membuat pilihan.Pilihan yang akan menentukan haluan masa depan.Alhamdulillah, istikharah dibuat dan inilah hasilnya.Keputusan aku ini bukan kerana orang lain.InsyaALLAH ini adalah jalan daripadaNya..~Istikharah; Ku damba taufiqMu..

Baru2 ni pon, aku terpaksa berhadapan situasi yang sama seperti sebelum2 ni, cuma subjek saja yang berbeza.Aku terpaksa memilih samada menyertai forum mahupun kuiz untuk program Maulid Nabi Wilayah Rabat.Awal2 lagi sudah aku memikirkannya.Namun sehingga malam perbincangan kumpulan, aku tidak dapat memberikan jawapan.Sentiasa berbelah bahagi.Ada hasrat untuk mencuba forum, namun kelihatan kuiz itu lebih sesuai.Entah.Walaupun namaku kini berada di senarai kuiz, namun rasanya hati aku ini lebih cenderong kepada forum agaknya.Tapi syura telah dibuat.Keputusan telah dipersetujui.Pasti ada rahmah disebalik natijah itu.Harap2 kuiz itu tidak memaksaku untuk memilih salah satu antara dua lagi..~Tak dapat jawab, senyum je..=)

Nak pilih yang mana ni..[sekadar gambar hiasan semata2]

Situasi diatas hanya titisan dari hamparan lautan,
Mungkin ribuan lagi keadaan akan mendatang,
Bukan senang untuk membuat sesuatu keputusan,
Lebih2 lagi jika terpaksa memilih salah satu diantara dua pilihan..

Yang aku maksudkan disini adalah persoalan2 yang besar.Bukannya persoalan yang remeh-temeh.Apa mungkin punca masalah ini aku hadapi.Kurang yakinkah aku?Atau bagaimana?Atau mungkin ada betulnya pernyataan seorang seniorku petang tadi, "Jangan terlalu merendah diri, tak 'sheshuai'..".~Itu belum lagi nak pilih wali nikah..=P



-no perfect person-
0230am
11 Rabiul Awal 1429h

0 Comments to "Ku Damba TaufiqMu.."

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft