SIV, SUKMA dan Mesyuarat Agung...


Assalamualaikum w.b.t.

Sudah lama aku tidak berceloteh disini.Rindu pula rasanya.Habuk makin menebal, disapu tidak, dilap pun tidak.Mungkin sibuk dengan program2 persatuan mahupun sibuk dengan peperiksaan.Mungkin juga buat2 sibuk..~Entah la..

Pada minggu lepas, kami disini bercuti sempena musim bunga katanya.Nak kata banyak bunga tu, taklah juga.Tapi kalau 'bunga yang hidup', memang banyak la kot.Bagi kami mahasiswa2 Tahun Satu, terpaksa melalui 3 program tanpa henti sepanjang tempoh seminggu itu.Spring Intelectual Village (SIV), Sukan Malaysia (SUKMA) dan akhirnya Mesyuarat Agung Khas PMMM.


Untuk program pertamanya, iaitu Spring Intelectual Village atau lebih dikenali sebagai SIV ini khusus kepada Mahasiswa Tahun Satu sahaja.Bertemakan "To Build Versatile Generation", program ini diadakan adalah bagi meningkatkan lagi pengetahuan kami khasnya dan senior2 lain amnya dalam bidang profesional dan seterusnya melahirkan generasi yang serba boleh, insyaALLAH.Antara slot2nya seperti contoh kaedah belajar Bahasa Arab, cara menformat komputer, bagaimana hendak menghasilkan sebuah video, powerpoint, memasak (ikhwan) & membaiki paip dan elektrik (akhowat).

Selain itu kami juga diberi tunjuk ajar tentang penggunaan kitab elektronik, cara berfikir dengan baik (explorace) dan acara yang mengasah bakat lakonanku dalam persembahan peserta2.Dalam lakonanlah, banyak kenangan pahit manis kami bersama.Kumpulan kami mempersembahkan lakonan diari kehidupan sepanjang berprogram diselangi dengan syair2.Walaupun tewas, kami tetap berpuashati dengan persembahan kami.Ada motif disebalik sindiran kami kepada fasi2 itu.Khulasahnya, program ini sesuai dengan tema yang begitu menarik perhatian aku itu, "To Build Versatile Generation".Mantap!

Kumpulan yang kena buat "Muka Comel.."=P

Setelah tamat SIV, kami berentap pula di medan riadah.SUKMA dengan temanya "Penjalin Hubungan Mawaddah" pastinya mengutamakan semangat ukhuwah dikalangan kami Mahasiswa2 Malaysia SeMorocco.Bukan senang kami boleh berkumpul beramai2 dalam satu masa.Ibarat buku dengan ruas di gelanggang namun umpama isi dengan kuku diluarnya.Untuk pengetahuan sahabat2 juga, sukan ini dilangsungkan secara berasingan antara Ikhwan (Wilayah Kenitra) dan Akhowat (Wilayah Rabat)bagi menjaga percampuran antara kami.

Kumpulan aku, BIRU, dengan rendah dirinya 'ter'menang tempat pertama keseluruhan.Alhamdulillah..Bagi acara bola sepak, banyak kenangan yang aku dapat disana.Dua kad kuning mengajarku erti apa itu warna kad sehingga aku terpaksa melupakan aksi final antara BIRU dan HIJAU.Tapi bagi aku, kekalahan BIRU itu bukanlah disebabkan kehilangan aku semata2.Mesti masa tu rasa macam kehilangan star je kan..huhu..=P



Setelah habisnya SUKMA, Bicara Politik pula menyusuri selepas itu bagi membincangkan tentang isu politik negara masakini.Banyak pemikiran yang bercambah dalam perbincangan itu.Yang tak tahu mendapat tahu dan yang dah tahu bertambah tahu.Rasa2nya ramai yang dah boleh jadi wakil rakyat ni.Anak YB pun dah ada.Nanti 3 orang anaknya pula menjejak langkah ayahanda mereka, insyaALLAH.

Dan program terakhir kami sebelum pulang ke wilayah masing2 adalah Mesyuarat Agung Khas PMMM.Pada mesyuarat ini, kami berkumpul bagi membincangkan tentang usul2 perlembagaan PMMM.Ada usul yang diterima, ada usul yang ditolak.Namun titik tolaknya, adalah bagi menambahbaikkan PMMM.Semoga PMMM semakin baik dari hari ke hari.Selesai mesyuarat, kami pulang ke halaman masing2 memikirkan kembali assignment dan peperiksaan..ahha!

p/s:-Sedang menunggu usia mencecah 19 tahun waktu Maghrib ni..[11 Jamadilakhir 1410]




-no perfect person-
0112am
10 RabiulAkhir 1429h

0 Comments to "SIV, SUKMA dan Mesyuarat Agung..."

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft