Ustaz??Tolongla..



Assalamualaikum w.b.t.

Ramai dah yang tegur tentang blog aku ini yang makin lama makin berhabuk ini.Ada komen2 sinis dilontarkan kepada aku.Yang dihambur didepan mata sendiri pun ada.Okay je.Nak kata sibuk, taklah sesibuk orang lain.Tapi semenjak 2menjak ni, rasa malas je nak bukak www.blogger.com ni untuk sign-in pastu taip, pastu post~Apa kes entah..

Erm, ada yang mintak aku postkan tentang tazkirah2.Bukan tak mahu, nak tu memang nak.Tapi tunggulah masa yang sesuai untuk itu.Rasa macam tak layak lagi jer.Ilmu tak banyak mana pun, amal pun nampak tak nampak lagi.Sama la dengan kes ada yang panggil aku 'ustaz'.Segan rasa kalau ada yang panggil aku ustaz ni.Tak sampai maqam lagi.Dosa bertimbunan..Tolong la yea jangan panggil aku 'ustaz' lagi..~Daku belum 'Penjajah Ijazah'..

[Selamat Bertunang Azri - Nabilah]

Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan tahniah kepada sepupuku yang sama tarikh lahir masihi dengan aku, Kak Nona kerana selamat menempuh majlis pertunangan dengan baik pada 1 Mei baru2 ni.Harapan moga majlis perkahwinan yang dirancang pada akhir tahun ni selamat berlangsung, insyaALLAH.Doaku disini mengiringi Kak Nona dalam menempuh ikatan pertunangan walaupun kini aku jauh direntasi benua.Nak makan nasi minyak kekgi, kena hantar jugak kad jemputan kat orang sini..Bisehhah!~Bertunang baru tu, jangan lebih2 neh..=)

Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)




-no time for love-
2343pm
29 RabiulAkhir 1429h

0 Comments to "Ustaz??Tolongla.."

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft