Main Masak-Masak


Assalamualaikum w.b.t.

Aku masak hari ini.Try test resepi baru yang aku ambik dari ma aku baru2 ni.Ayam masak tomato.Nak kata jadi tu tak tahu la, tapi not bad la..boleh la makan.Bagi aku OK dah, tak tahu plak bagi orang lain.Yang penting, tukar selera sekali sekala.Orang lain pun tak pernah lagi masak lauk ni.Jika sebelum ni aku masak lauk sama je.Kalau bukan kari, kurma, kalau bukan kurma, sup, kalau bukan sup, masak merah dan kalau malas sangat, goreng kunyit je la..apa2 pun, Alhamdulillah..Kalau nak tahu respon sedap ke tak masakan kita, bukan dari pujian, tapi dari tindakan si pemakan.Nampak tadi, macam licin je.OK la tue..=P

Ayam Masak Tomato

1.Goreng ayam dengan garam.
2.Blander buah tomato.(Ma tak suruh pun, tapi saja wat bidaah).
3.Tumis bawang besar+bawang putih+halia.
4.Letak buat tomato yang diblander tadi.
5.Campurkan sos tomato sesedap rasa.Gaul sehingga sebati.
6.Tambahkan gula secukup rasa.("Masam tomato lawannya gula",ujar ma aku).
7.Masukkan ayam yang digoreng tadi.
8.Diharuskan guna kacang pis hijau utk selingan.Benda lain pon OK jer.
9.Masak hingga rasa dah boleh nak makan.
10.Sedia untuk hidangan.Ehhe...=D

Entah kenapa, sejak kebelakangan ni aku macam berminat je bab masak2 ni.Kalau sebelum ni susah sikit nak ke dapur, tapi sekarang rasa 'zouk' nak masak tu tetap ada.Baru2 ni, aku ada la tolong2 sikit senior2 aku masak di rumah duta untuk program lebih kurang macam pertunjukkan kebudayaan antarabangsa.Masa tu, kami masak sate, nasi kapit (himpit), dan kuah kacang.Aku ni bukanlah pandai sangat pun bab masak2 ni, sebelum datang sini pun, paling hebat pun nasi goreng je.Tu pun macam jadi tak jadi je.(Nik Hanis yang ajar masa tu, ingat lagi).Yang lain2, out of list.Erm, sambung ayat atas tadi skit, aku ni bukanlah pandai masak sangat pun, tapi kalu sekadar nak tolong2 kat dapur tu boleh la.Berminat juga nak jadi AJK masakan ni.Sebab apa?Sebab banyak kelebihannya..Orang dapur je yang tahu..=)

Masa SIV baru2 ni, ada jugak slot belajar memasak.Boleh la tahu sikit2.Dalam forum "To Build Versatile Generation", ahli panel ada juga menyebut bahawa, antara chef2 yang terhebat di dunia adalah dikalangan golongan kaum Adam.Erm, sebut pasal versatile ni, berminat jugak nak mencuba..Aku Sedang.=D



~no time for love~
0133am
1 JamadilAkhir 1429

0 Comments to "Main Masak-Masak"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft