Oh! Mata Kacaku~


Assalamualaikum w.b.t.

Benda dunia ini tidak akan kekal selamanya.Kekuatan, kecanggihan, kecantikan, kebijaksanaan dan bermacam2 'ke' dan 'an' lagi, semuanya menunggu ajal masing2.Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang.Bagaimanakah cara untuk kita bersyukur? Bersyukurlah dengan cara kita menggunakannya pada jalan yang sebetul2nya.Sedikit tazkirah hari ini kepada diri aku dan juga sahabat2 sekalian."Sampaikan kepadaku walau sepotong ayat.."

Sedih, duka, pilu..huhu.Walaupun pelbagai perasan hadir dalam hati ini, namun aku tetap redha dengan pemergiannya.Sebenarnya, cermin mata aku patah semalam.Alhamdulillah nasib baik ada bawak spare.Tak perlulah lagi untuk ke kedai membaikinya terlebih dahulu.Dah la sekarang ni tengah 'kekeringan'.Tunggulah selepas exam nanti.Tak terkesan pun kalau guna cermin mata reserve untuk menduduki exam..kan?

Sebelum ni dah tak terkira berapa banyakkah aku sudah memiliki cermin mata.Ada yang hilang masa mandi pantai, ada yang hilang dalam pasir masa main lompat jauh, dan patah dalam sembahyang pun ada.Dahsyat2.Tu la, ma dan abah dah pesan jangan guna cermin mata yang tak berbingkai, tak nak dengar..Jawabku, guna yang berbingkai pun dah banyak kali patah..Ha'ah,lain kali pakai kanta pembesar jer..=D

p/s:Tengah pening dengan exam, assignment yang kena present depan arab dan macam2 lagi..



~no time for love~
1519
12 JamadilAwal 1429h

2 Comments to "Oh! Mata Kacaku~"

  1. erk...ganasnye dia ni pakai spek..
    ngeee.. seb baek xpenah lg spekku rosak sebegini..

  2. eheh..nok wat gane.dah sampai ajalnye..=D

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft