Assalamualaikum w.b.t.
Entah kenapa aku berasa pelik sejak semalam.Rupanya ada khabar duka yang akan ku terima hari ini.Aku terperasan dengan status [Stepped-Out] disiapkan dengan palang [No Entry].Niat ku pada mulanya nak menghantar satu link kepadanya, namun status itu membatalkan hajatku langsung aku menghantarkan link itu kepada sahabat2ku yang [Available] statusnya.Status YM yea..
Selepas subuh pagi tadi, pertama kalinya dengan sengaja aku menutup handset aku supaya tidak diganggu.Dan diluar kebiasaan juga, aku tidak online pada awal pagi meskipun sebelum ini akan aku jenguk seketika sebelum pergi ke kuliah.Memang tiada perhubungan luar bagi aku pada pagi tadi.Hanya yang bermain difikiranku hanyalah exam yang akan dihadapi pada hari ini.
Aneh menerjah fikiranku pabila selepas ONkan handset, aku menerima beberapa mesej missed calls dari AIM.Sebelum ni, tiada pulak orang yang nak contact aku seramai itu.Jika ada pun, panggilan penghulu kami yang mahu mengejutkan kami Subuh.Aku masih tidak memikirkan apa2.Namun, semasa nak bersiap ke jamiah, Abang Lihin memaklumkan kepada aku tentang berita itu.Tapi masih dalam mahu percaya atau tidak.Akhirnya aku online seketika dan melihat ada mesej offline kepadaku tentang berita itu.Percaya.
Walaupun hati turut terasa kesedihan itu, namun kaki terpaksa melangkah ke kuliah untuk menghadapi satu peperiksaan akhir sem.Terbit di benak fikiranku membayangkan jika aku berada ditempatnya ketika ini.Adakah aku sekuatnya?Adakah aku setabahnya?
Balik dari kuliah, selepas menerima saranan daripada saudara Rahim di PMMMGroup, lantas aku menyusun kata2 ini untuk dipublishkan di PMMM Group, khas kepada Saudari Nur Salwani binti Rosli..
Pertamanya diri ini mewakili sahabat2 seperjuangan ingin mengucapkan ucapan takziah diatas pemergian ayahanda saudari.Semoga ALLAH melimpahkan rahmat kepadanya dan moga2 almarhum tergolong dalam golongan orang2 yang beriman.Ameen.
Keduanya, semoga saudari diberi kekuatan dan ketabahan untuk melalui hari2 mendatang.insyaALLAH.Perjalanan masih jauh, perjuangan baru bermula. Walaupun jasadnya sudah pergi, namun harapannya masih tersemat dihati.. Sesungguhnya ALLAH menguji orang2 yang kuat.Hayatilah motivasi yang diberikanNya didalam Al-Quran:-
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Maka berdoalah): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir (al-Baqarah; 2:286)
عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
"Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibah keburukan, ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa" ( Riwayat Muslim).
Bersangka baiklah kepada ALLAH dan sesungguhnya ALLAH tidak akan menzalimi hamba2Nya.Mungkin inilah tarbiyyah secara langsung dari ALLAH kepada saudari yang tidak diperolehi oleh sahabat2 lain.Redha itu sebaik2nya.UjianNya membuat kita terfikir,memikir dan berfikir tentang nilai segenggam tabah itu..Moga Dikau Tabah~
p/s:Doakan semoga roh almarhum berada dikalangan orang yang beriman dan semoga Saudari Salwani dan ahli keluarganya diberi kekuatan menghadapi ujian ini.Ameen..
~teman seperjuanganmu~
1855
15 JamadilAwal 1429h
0 Comments to "Moga Dikau Tabah~"
Post a Comment