Aku Bukan Musuh Harta~


'Aku Bukan Musuh Harta', Itulah tajuk sebuah lagu yang telah digam oleh stesen RTM hasil susunan lirik oleh bekas mufti Perlis, Dr. Asri.Bermula hanya dari sebuah puisi, telah diadaptasikan sebagai sebuah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan band nasyid pertama tanah air, Algebra di dalam album pertama mereka 'Yang Benar Tetap Benar'.

Menurut kenyataan rasmi RTM, pihaknya tetap mempertahankan pengharaman lagu tersebut kerana RTM hanya meluluskan lagu yang berunsurkan nilai moral dan kesantunan bahasa di samping aspek teknikal yang dipersetujui oleh jawatankuasa panel penilai.Dalam kata lain, apa yang boleh difahamkan dari kenyataan tersebut bahawa lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' ini tidak diluluskan kerana liriknya tidak mempunyai nilai moral dan tiada kesantunan bahasa.

Respon daripada Dr. Asri pula tentang pengharaman lagu ini, beliau menyatakan lagu ini mempunyai nilai moral yang sangat diperlukan pada hari ini.Sebagaimana yang kita semua tahu, negara kita sedang dalam usaha memerangi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan harta awam.

Yang menjadi keanehan dalam isu ini adalah masih banyak lagi lagu-lagu sebelum ini dan akan datang, memenuhi medium-medium pendengaran RTM, yang mana lirik dan lagunya tidak mempunyai nilai moral dan kesantunan yang jelas untuk manfaat masyarakat.Sejak bila RTM menjadi terlalu tegas sebegini?Alangkah bagusnya jika RTM dari dahulu lagi menyekat lagu-lagu yang benar-benar tidak bermoral.Tapi, yang mendukacitakan, tiba sahaja untuk giliran lagu ini, tiba-tiba sahaja mahu jadi tegas.Pelik.Aneh.Ajaib.Namun andaian awal saya mungkin ada pihak berkepentingan di dalam medium utama kerajaan ini terasa 'terkena batang hidung sendiri' dengan lagu tersebut.



Di sini saya memetik sedikit kenyataan akhbar oleh Dr.Asri, "Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh anda bahawa andalah orang khusus dari am itu.Saya menulis lirik itu untuk peringatan kepada sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat.Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik sebegini pun diharamkan?Isinya umum dan untuk kesedaran semua pihak, mengapa ada yang rasa bersalah?"

Walaupun lagu ini diharamkan RTM, namun stesen-stesen penyiaran lain masih meluluskan lagu ini.Dengar-dengar khabar oleh penerbit album ini Nasyeed.com, album sulong Algebra ini semakin mendapat sambutan kerana ramai yang mahu mendengar apakah yang tersirat dari lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' ini.Menulis isu ini bukanlah saya mahu membabitkan diri dalam medan politikus, tetapi ini hanyalah sekadar menyeru agar kita sama-sama berfikir tentang realiti kehidupan masa kini.




"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

6 Comments to "Aku Bukan Musuh Harta~"

  1. salam bro...
    ade dlm format mp3 ke? boleh upload

  2. waalaikumussalam wbt saudara..
    saya sudah sediakan lagu itu di bawah artikel ini untuk kemudahan saudara2..ok,mekasih=D

  3. x prnh dgr lak aku sal ni..malu ngoh set morocco tau dulu hal melesia

  4. salam,

    lirik enak,
    irama cam irama senario sket2 hehe

    sape makan cili dia terasa pedas... wallahua'lam :)

  5. ++irsyad, malu mende nye..mu tu sebok ngat leni..eheh~

    ++idia_idawsa, tu la pasal..mule2 dengar mcm klakar.tp ok la..ceria kot..ada org terasa, mungkin~

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft