Kita Adalah Gaza~



Menurut media, keadaan terkini di Gaza sehingga semalam, seramai 360 jiwa sudah terkorban dan hampir 1700 mangsa mengalami kecederaan.Serangan tentera Zionis kini yang semakin luas dengan menggunakan medium udara dan darat mensasarkan tempat-tempat awam seperti hospital, masjid, universiti dan sekolah.

Dalam perkembangan lain, sebuah bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang membawa bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis pagi tadi.Rejim Zionis ini juga meneruskan kemuncak kezaliman mereka dengan menangkap lebih kurang 200 pemuda Palestin dari beberapa bandar sekitar Gaza dengan alasan belia-belia ini telah membantah serangan yang telah mereka lancarkan.

Masyarakat dunia di Malaysia, Indonesia, Lubnan dan banyak lagi termasuk negara bukan ISLAM, meneruskan demonstrasi menunjukkan bantahan terhadap serangan yang tidak berperikemanusiaan ini.Di Morocco juga tidak ketinggalan turut sama-sama bersemangat membuat bantahan ke atas pencerobohan tidak bertanggungjawab ini dengan mengadakan demonstrasi di sekitar negara ini pagi tadi.

Antara cara menunjukkan bantahan oleh pihak mahasiswa-mahasiswa di sini adalah dengan menghamparkan bendera Israel dan sekutunya Amerika di depan pintu masuk utama universiti.Setiap yang akan keluar masuk universiti mengikut pintu utama itu setiap seorang akan memijak bendera itu sekaligus menunjukkan satu penghinaan kepada penjenayah dunia tersebut.

Ubahlah kemungkaran ini sekurang-kurangnya dengan hati.Benci.Marah.Kasihan.Ubahlah kemungkaran ini, semampu-mampunya dengan lidah.Doa.Sebar.Bincang.Dan ubahlah kemungkaran ini, seboleh-bolehnya dengan tangan.Boikot.Jihad.Perang.Buatlah semampu mana kita yang termampu.Moga berbaloi dan beroleh ganjaran dariNya.Kita adalah Gaza!



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

0 Comments to "Kita Adalah Gaza~"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft