Memori 2008 Ep6~


Tanggal 26 Oktober 2008 yang lalu, kami mahasiswa-mahasiswa Terengganu di Maghribi bertuah menerima kunjungan ziarah daripada Menteri Besar Terengganu, Y.A.B. Dato Ahmad bin Said bersama ahli rombongan seramai 16 orang.Ahli rombongan ini terdiri daripada exco-exco negeri dan pengarah- pengarah jabatan negeri serta isteri-isteri.

Antaranya YB Haji Khazan bin Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Y.Bhg. Dato' Haji Alwi bin Muhammad, Ketua Pegawai Ekskutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Y.Bhg. Haji Md Kamarul Al-Amin bin Ismail, Pengarah Yayasan Terengganu dan ramai lagi.


Kesinambungan daripada itu, satu majlis makan malam telah diadakan di Hotel Sheraton, Casablanca, untuk memberi peluang kepada pihak rombongan dan mahasiswa-mahasiswa Terengganu di sini beramah mesra.Dalam majlis tersebut, kami berpeluang menerangkan sedikit sebanyak pengenalan tentang pembelajaran di sini, peluang pengajian di Morocco dan hal-hal yang berkaitan dengan sistem pendidikan di negara kelahiran Ibnu Battuta ini.

Bersama Dato MB~

Dalam ucapan MB pada majlis makan malam tersebut, beliau menyeru agar kami sentiasa bersungguh-sungguh dalam pelajaran supaya dapat pulang awal ke tanah air membantu masyarakat, khususnya di Terengganu Darul Iman.Beliau juga turut memberi jaminan atas sokongan beliau dan semua pimpinan negeri terhadap penuntut bidang Pengajian Islam ini demi merealisasikan matlamat untuk melahirkan generasi Ulul-Albab.

Dato MB ketika sedang memberi ucapan~

Sebelum MB bersama rombongan tiba di sini, mereka telah sempat untuk menziarahi anak-anak Terengganu di Mesir, Jordan dan Syria.Biarpun Morocco menjadi destinasi terakhir MB dan rombongan sebelum pulang ke Malaysia, namun Alhamdulillah mujurlah mereka masih peka dengan kewujudan 12 insan 'sepi' di ceruk dunia ini.Ini merupakan julung-julung kalinya kehadiran pimpinan negeri menjenguk keadaan kami, anak-anak Terengganu di sini.Sekalung penghargaan dikalungkan buat Dato MB dan seluruh ahli rombongan.Terima kasih!

Bergambar kenangan sebelum majlis bersurai~

**Untuk makluman umum, majlis makan malam tersebut adalah perjalanan program ramah mesra antara pucuk pimpinan negeri dengan anak-anak negeri yang sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara.Tanggungjawab.Amanah.Tugas.Bukan bermotifkan politik, dan bukan juga berobjektifkan hasutan.Penulisan ini juga bukanlah satu bodekan, tetapi penghargaan kepada mereka yang sedang menjalankan tanggungjawab, amanah dan tugas pada hak yang sepatutnya (melihat keadaan rakyat).



Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

5 Comments to "Memori 2008 Ep6~"

  1. aku suke gaya penulisan yg profesional cam ni...
    bagus2~

  2. comey gambo mu nge mat said..heh3x

  3. "tertutup jangan terlalu jumud, terbuka jagan sampai hanyut.."=D

  4. salam perkenalan... fuuh best dapat peluang belajar kt luar negara... 1st time baca yg dr maghribi... mcm mana suasana pembelajaran kt sana?

  5. salam perkenalan kembali..
    study disini mcm bese2 saja..
    cume mungkin ada yang xde di tempat kita,ada disini..
    dan yang ada ditempat kita, xde disni..=D

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft