Mengembara di tempat orang merupakan hobi saya.Mungkin menurun dari sikap abah saya walaupun saya tidak mempunyai tahi lalat di kaki seperti beliau.Bagi diri saya, mengembara ini bukan sekadar melancong, tetapi mengenali kehidupan yang sebelum ini hanya berada di pendengaran telinga semata.Pengembaraan ini juga bukan hanya untuk suka-suka, tetapi lebih dari itu; ukhuwah, pengorbanan, pengalaman dan pelajaran yang tidak kita dapati di dalam dewan kuliah.
Untuk sahabat-sahabat dan diri saya sendiri, jika punya rezeki dan kesempatan, rebutlah peluang yang ada kerana pengembaraan itu adalah ilmu.Ilmu untuk mengenali kehidupan, ilmu untuk kegunaan masa depan.Percayalah!
Untuk posting akhir 2008 ini, suka saya berkongsi sedikit kenangan pengembaraan saya bersama sahabat- sahabat di laman ini.Kali ini, sedikit perkongsian ketika berpeluang mengembara pada musim sejuk di sini.Semoga bermanfaat.=D
Anak Malaysia di puncak Atlas~
OUKAIMEDEN
Destinasi salji yang menjadi tumpuan ramai bagi penduduk di sini.Oukaimeden menjadi sesuatu yang istimewa kerana terletak di banjaran
Atlas dan mempunyai ketinggian 3273 meter dari paras laut.Mengambil masa 5-6 jam dari bandar Rabat adalah sesuatu pengembaraan yang sangat mencabar jiwa dan raga.Di atas sana mempunyai sebuah tasik yang mana akan beku pada musim sejuk dan akan menjadi tasik tulen pada musim panas.Pengembaraan bersama krew-krew Rabat pada tahun ini (2008) memberi pengalaman berguna kepada kami.Lebih-lagi pengembaraan itu jatuh pada hari As-Syura.InsyaALLAH untuk tahun depan pula, ada perancangan untuk membawa junior-junior kami menyentuh air batu kepal ini dan tidak dilupakan 'hadiah' khas untuk senior-senior tahun akhir sebelum kembali ke tanah air pada musim panas nanti.Hadiah perbelanjaan sendiri.~
Kebanjiran pemburu ais di Ifrane~ IFRANE
Sebut saja tentang
Ifrane, sudah terbayang di fikiran masing-masing penduduk Morocco tentang perihal ais putih.Ifrane adalah destinasi salji kedua saya selepas Oukaimeden.Kembara Salju anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghibi (PMMM) ini disertai oleh sebahagian besar rakyatnya.Kembara Salju di bawah kelolaan Biro Sukan dan Rekreasi (kini Exco Sukan dan Rekreasi) ini merupakan salah satu program tahunan berobjektifkan riadah membawa rakyatnya melihat keindahan alam dan sejarah sekitar Morocco ini.
Kenangan bersama senior dan sahabat ketika Kembara Salju PMMM~
Ifrane yang mempunyai ketinggian hanya 1650 meter ini terletak berhampiran bandar Meknes.Menurut salah satu suku kaum di Morocco, Barbar, nama Ifrane ini adalah diambil daripada bahasa mereka yang bermaksud gua.
Pemandangan Kota Walili dari jauh~
VOLUBILIS
Volubilis atau lebih mudah dalam bahasa arabnya,
Walili merupakan salah satu tempat bersejarah di Morocco ini.Kami berpeluang sampai di sini semasa dalam perjalanan pulang Kembara Salju PMMM dari Ifrane. Seperti Bandaraya Bersejarah Melaka, Walili ini juga adalah di antara salah satu Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.Sedikit sejarah mengenainya, Walili merupakan peninggalan kerajaan Rom yang bertapak di sini pada kurun ketiga.
Bergambar gaya zaman muda-muda~ "Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
hmmm... menarik2. jeles ni.
sedak dh rase g jln..
ehehe..meh la wat lawatan sini..petronas pon ada sini,boleh apply=D