Memori 2008 Ep2~

Pada cuti musim panas yang lalu, saya dan sahabat-sahabat sebatch dari Rabat berpeluang mengembara di tanah gersang Sahara.Kawasan padang pasir yang menjadi sempadan Morocco dan Algeria ini terletak 5 jam dari bandar Marrakesh.

Pengembaraan kami bermula dari Marrakesh bersama-sama beberapa orang senior.Lebih menarik, pengembaraan kami kali ini turut disertai oleh pengembara dari United Kingdom, Abang Amir Syafiq yang kebetulan sedang bercuti di Morocco ketika itu.Jumlah ahli kembara kami adalah seramai 9 orang.Semuanya lelaki.Tulen!

Pelbagai liku-liku kehidupan terpaksa kami lalui sepanjang pengembaraan 4 hari 3 malam ini.Walaupun sedikit mencabar, namun Alhamdulillah akhirnya kami merasai nikmat kepuasan mengembara.Berbaloi, insyaALLAH.

Terdengar juga siulan-siulan khabar yang ingin mencadangkan agar persatuan menganjurkan program kembara ke Sahara.Ini merupakan satu cadangan yang baik, namun dari segi teknikalnya, pihak penganjur harus memikirkan terlebih dahulu dengan penuh teliti, terutamanya kepada insan yang bergelar mahasiswi.Kemaslahatan dari segi keselamatan, keselesaan dan penjagaan maruah mereka perlu dijamin rapi selain tidak meringankan hal-hal berkaitan mahasiswa jua.

Kata ahli fotografi yang semakin naik namanya di persada tanah air, saudara Shahiddan, gambar sebenarnya mampu menceritakan 1001 kisah disebalik kezahirannya.Semoga bermanfaat untuk kalian=D

Di Marrakesh, sebelum memulakan pengembaraan~

Zaid, Rahim, Hamiz, Azim dan .....~

Qasbah Ait Benhaddou, tempat rakaman filem-filem Hollywood seperti
Cleopatra, Kingdom of Heaven dan Gladiator~

Di hadapan Ouarzazate Film Studios.Tolong jaga pandangan anda!~


Pemandangan indah seni-seni batu bukit di Gorges~





"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

7 Comments to "Memori 2008 Ep2~"

  1. wah sahara tuh...btuah nya..

    quote:
    Jumlah ahli kembara kami adalah seramai 9 orang.Semuanya lelaki.Tulen!

    ada jgk x tulen?

  2. Mereka tak ajak kite pon, jalan dengan geng-geng mereka je... Saja je meke taknak ajak. Ke Bandar pon meke sesenyap je jalan, alasan taknak ganggu kite tido, tu mmg alasan terindah... Meke mmg begitu.

  3. ++arestieda89, eheh..dok la..saje jer..wat seddak..=P

    ++alfannani,aduh..susah gak kalu org tua terasa hati ni..ehehe.kite xnak ganggu orang tu sebab nak suh orang tu update blog yang bersawang sesawang-sawangnya..stuju??

  4. weihh...aku nmpk cam x pns sngt pn kat pdg pasir tuu...

  5. memang bajet perjalanan kami untuk sampai ke sana pada jam 5petang,masa dah nak senja.pastu perjalanan pulang kami pada awal pagi, semuanya sebelum matahari sempat naik tinggi lagi..tu nampak cuaca redup jer..kalu kami trip tghari tu, dah macam bayang2 dah kot muka..eheh=D

  6. kembara yang menarik. gambar terakhir tu mcm simbolik je.. =)

    # udah ketemu mata air kah...?

  7. ++hazimin harun,simbolik mende erk??ku terfikir..mata air xdop sini,oasis jer kat padang pasir ni..eheheheh..~

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft