Memori 2008 Ep3~


Pertengahan cuti panas yang lalu, selepas saya ditinggalkan oleh semua ahli rumah yang berpemergian ke United Kingdom, Mesir dan ada juga yang sudah pulang ke Malaysia, saya membawa diri yang kesunyian ditinggalkan keseorangan ini untuk merantau ke tempat orang. Masih di dalam Morocco.Tidak jauh.

Menyertai sahabat-sahabat lain yang berhasrat untuk mengembara, kami berenam memulakan perjalanan ke destinasi pertama, Azilal.Tempat yang julung-julung kali dilawati oleh mahasiswa Malaysia ini merupakan sebuah perkampungan yang mempunyai sususan masyarakat Muslim yang mungkin boleh dikatakan lebih baik dari penduduk tempat lain di Morocco ini.

Untuk makluman, sebab utama Azilal ini menjadi tumpuan kami adalah kerana di sana mempunyai air terjun yang cantik setinggi 110 meter.Sesuai untuk lawatan musim panas kerana airnya yang sangat nyaman dan segar.Selain itu, di sana juga terdapat sebuah tasik buatan manusia, Bin Ouidane berfungsi sebagai empangan dan sumber elektrik utama di kawasan sekitar tersebut.Kemudahan fasiliti di sana seperti penginapan, pengangkutan dan makanan, Alhamdulillah semuanya selesa, selamat, murah, mudah dan berpatutan.Anda berminat?Saya syorkan!



Selepas berada di Azilal selama 3 hari 2 malam, destinasi kami seterusnya adalah bandar bersejarah Fes.Perjalanan menaiki bas dari Azilal ke destinasi kedua kami mengambil masa 6 jam perjalanan.

Di Fes, kami sempat melawat bandar lama, tempat air mata air Sidi Harazem, Muzium Tentera dan kawasan-kawasan di sekitarnya.Antara keistimewaan Fes ini adalah Universiti Qurrawiyen, yakni dalam catatan sejarah, universiti ini merupakan pusat pengajian tertua di dunia yang masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Musee de Armee, Fes~

Sidi Hakem di Sidi Harazem~

Destinasi terakhir kami dalam pengembaraan kali ini adalah utara Morocco (Tetouan dan Tanger) dan Tanah Spain yang berada di kawasan Morocco, Ceuta (Sebtah).Kawasan utara yang berjirankan Spain ini merupakan kawasan pengaruh Spain dan kebanyakan daripada rakyat di utara Morocco ini lebih fasih berbahasa Spain berbanding bahasa rasmi kedua negara tersebut, bahasa Perancis.

Di Ceuta, Spain~

Di Kota Lama Tanger~

Selat Gibratar yang menghubungkan Morocco dan Spain~

Tamatlah sudah pengembaraan saya untuk tahun ini.Semoga sahabat-sahabat beroleh sedikit sebanyak manfaat daripada perkongsian pengembaraan saya di bumi kelahiran Ibnu Batutta ini.Saya berharap agar masih diberi peluang olehNya untuk menjelajahi lebih banyak tempat-tempat menarik pada masa-masa yang akan datang, insyaALLAH.=D



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

4 Comments to "Memori 2008 Ep3~"

  1. eh? bkpe aku xtau pun trmizi study same nge mu?
    kos same?

  2. Takke korang berterima kasih kepada seorang guider yang berkebolehan. Guider TV3 ni tau. Jejak rasul. jangan pandang sebelah mata. Beruntung korang kena tolong, kalau ikutkan, taknak guide aritu..baik tido lagi bagus.ahhha~

    Disebabkan adik-adik tersayang. kubantu gak...blueekk!

  3. ++aristieda,aku pon dok taw bakpe mu dok taw..eheh..mu dok tanye kot..seb bek la mu kenal lagi mizi tu..same kos..islamic studies~

    ++pakcik tua alfannani,saje je ajak awak tu sebab nak amik ati..memang xnak pandang sebelah mata pon..xnak pamdang terus..ekekekeke=P

  4. hukhukhuk... jeles lg ni.

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft