Memori 2008 Ep4~

Persatuan Mahasiswa Malaysia di Magribi merupakan satu-satunya badan induk mahasiswa Malaysia di sini.Tiada persatuan anak-anak negeri mahupun persatuan penyokong parti-parti politik.Dengan sokongan Kedutaan Malaysia di Maghribi dan Persatuan Rakyat Malaysia di Maghribi (PRM), persatuan kami sentiasa maju ke hadapan demi membangunkan modal insan mahasiswa-mahasiswa Malaysia di sini bagi mendepani era globalisasi dalam masyarakat di tanah air kini.

Untuk pengetahuan umum, persatuan kami sekarang masih dalam proses penjenamaan semula dengan pembentukan semula logo dan akronim persatuan yang lebih dinamik, pengubahsuaian istilah-istilah jawatan dalam persatuan, penyusunan semula sistem pentadbiran Ahli Majlis Tertinggi persatuan dan beberapa lagi langkah yang diambil untuk memperkemaskan lagi fungsi persatuan pada zaman millenium ini.

Di laman ini, insyaALLAH saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai program persatuan sepanjang tahun 2008.


MESYUARAT AGUNG 2008

Tanggal 14 dan 15 Julai 2008, Mesyuarat Agung persatuan telah dijalankan di Dewan Perniagaan Kenitra.Objektif mesyuarat selama dua hari ini diadakan adalah untuk masing-masing pucuk pimpinan dan rakyat jelata bermuhasabah sepanjang perjalanan persatuan sesi kepimpinan 2007/2008.Selain itu mesyuarat ini juga diadakan bagi membincangkan kesinambungan misi dan visi persatuan untuk masa yang akan datang.

Sebelum Mesyuarat Agung ini berlangsung, satu pilihanraya umum persatuan telah dijalankan bagi pemilihan pucuk pimpinan baru sesi 2008/2009.Keputusan yang diumumkan pada hari kedua mesyuarat tersebut, pada pandangan peribadi saya merupakan satu adunan kepimpinan yang mampu memberi harapan kepada persatuan.Gandingan mantap kepimpinan yang sudah berpengalaman dalam sesi kepimpinan yang lepas serta kehadiran sentuhan berwibawa oleh kepimpinan yang baru diharap mampu meneruskan perjuangan matlamat persatuan ini.

Bertemakan 'Menjana Keintelektualan, Memimpin Perubahan', jelas menunjukkan bahawa kepimpinan yang dikepalai presiden kali ini senantiasa mahu membawa persatuan dan rakyatnya kepada matlamat yang jelas berlandaskan syariat ISLAM yang sebenar.


-Ahli Majlis Tertinggi Persatuan 08/09-

Presiden
Ahmad Fathi Bin Muhammad

Timbalan Presiden
Nor Adli Syahri Bin Abdul Kadir
(Timbalan Presiden 07/08)

Setiausaha Kehormat
Muhammad Fakhruddin Arrazi Bin Misni
(Setiausaha Kehormat 07/08)

Timbalan Setiausaha Kehormat-1
Muhammad Imaduddin Bin Mohd Rabeh
(Ketua Penghulu 07/08)

Timbalan Setiausaha Kehormat-2
Nur Zahirah Binti Zahid
(Timbalan Setiausaha Kehormat-2 07/08)

Bendahari Agung
Muhammad Khairuddin Bin Hussin
(Exco Sukan dan Rekreasi 07/08)

Timbalan Bendahari Agung
Nurhafizah Binti Anuar
(Timbalan Bendahari Agung 07/08)

Exco-Exco
(Pemilihan Bukan Melalui Pilihanraya Umum)



ASPIRATION 2008

Assignment and Examination Preparation Program atau akronimnya ASPIRATION 2008 merupakan satu program anjuran Exco Pendidikan.Program ini bertujuan untuk memberi taklimat kepada mahasiswa-mahasiswa disini cara atau method penulisan assignment yang baik, persediaan menghadapi peperiksaan, dan teknik menjawab peperiksaan di universiti-universiti sekitar Morocco ini.

Apa yang menarik perhatian, program kali ini julung-julung kali diadakan dalam peratusan besarnya menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.Bukan berniat mahu meminggirkan bahasa ibunda, tapi objektifnya adalah bagi melatih komuniti kami bertutur dan berinteraksi dalam selain bahasa ibunda sebagai persediaan menghadapi masyarakat yang pelbagai latar belakang.

Bermula dengan kertas kerja program, iklan-iklan makluman, pengerusi majlis dan slot-slot, perkiraan penggunaan bahasa mengikut perkiraan kasar saya adalah seperti berikut:-

1)Bahasa Inggeris - 50%
2)Bahasa Arab-35%
3)Bahasa Malaysia-15%

Slot Method Penulisan Assignment bersama Ustaz Wifaq sepenuhnya dalam bahasa Arab fushah~

Secara tidak langsung program ini membuktikan bahawa mahasiswa sekarang mempunyai nilai versatile.Jangan kita fikir pelajar jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab tidak mampu berbahasa Inggeris dan jakun dalam bidang IT, dan jangan juga kita fikir bahawa pelajar jurusan Bahasa Inggeris, kedoktoran mahupun kejuruteraan tidak mampu berbahasa Arab dan jahil tentang Islam!Anda setuju??~


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

0 Comments to "Memori 2008 Ep4~"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft