Penulis~


MOHD IKRAM HAKIM BIN MOHD RADZI - Permata pertama pasangan Encik Mohd Radzi bin Mohd Shah dan Puan Zaida binti Abdul Ghani ini telah selamat dilahirkan pada hari Sabtu, detik 09.30 malam tanggal 11 Rabi'ul Akhir 1410 Hijriah bersamaan 11 November 1989 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Anak sulung daripada 6 orang adik beradik ini telah mendapat pendidikan awal sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Kemudian beliau menyambung pendidikan awal ke peringkat pra-sekolah di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Padang Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

UPSR 2001
Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2, Kuala Terengganu, Terengganu.

PMR 2004
SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu, Terengganu.

SPM 2006
Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu, Marang, Terengganu.

Pada November 2007, beliau meninggalkan keluarga dan tanahair tercinta untuk melanjutkan pelajaran dalam Kursus Ijazah Sarjana Muda, Jurusan Pengajian Islam di Fakulti Kesusasteraan dan Sains Kemanusiaan, Universiti Mohammed El-Khamis, Rabat, Morocco.

Meminati sukan bola sepak, boling dan catur selain beminat untuk melihat pemandangan, cara hidup dan masyarakat-masyarakat di serata dunia menjadikan beliau cukup ciri-ciri sebagai seorang anak muda yang suka akan cabaran dan penerokaan benda baru.

Bercita-cita sebagai Pegawai Agama selaras dengan minat beliau dalam bidang kepimpinan, pentadbiran dan protokol serta bertitik tolak untuk membaiki peranan Jabatan Mufti dan Pejabat Hal Ehwal Agama dalam pembangunan ISLAM di Malaysia dini hari.

Dalam masa yang sama, beliau juga berhasrat untuk berganding bahu bersama sahabat-sahabat seperjuangan beliau dalam membina syarikat sendiri membantu ekonomi umat ISLAM seterusnya memartabatkan syariat ISLAM di dalam kelompok masyarakat setempat, insyaALLAH.

Setakat ini, beliau belum pernah mendirikan rumahtangga dengan mana-mana gadis melayu mahupun arab apatah lagi bangla atau mongolia. Sekadar menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana perempuan sejati hanya sebagai kawan dan kenalan.

Menulis blog ini untuk menyatakan pendapat, berkongsi idea, maklumat dan pengalaman. Selain itu bagi melatih diri beliau untuk menghadapi masyarakat pada masa akan datang. Bertegur-tegurlah dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran jika ada silap dan salah dalam penulisan blog ini. Beliau boleh dihubungi melalui email mumtaz_islamiy@yahoo.com.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"




1 Comment to "Penulis~"

  1. Anonymous

    salam singgah?

    boleh tanya? apa kelebihan universiti morocco tempat saudara belajar?

    kenapa tidak memilih tempat2 biasa seperti uni al azhar?

    sekadar bertanya :)

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft