Bersama Datuk Shabery Cheek

Dari Kanan : AimanTaqwa, ABCD, Datuk Shabery, Hj.Baharin,
penulis dan Musyrif.

RABAT (MAGHRIBI), 27 Jan — Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek mengingatkan penuntut Malaysia di luar negara supaya mengambil kesempatan untuk menjalin hubungan erat dengan penuntut dan masyarakat tempatan.

Berucap pada satu perjumpaan dengan penuntut Malaysia di Maghribi di sini, beliau berkata mereka perlu memahami sejarah dan kebudayaan tempatan dengan lebih mendalam serta menguasai bahasa asing yang amat berguna dalam pergaulan masyarakat antarabangsa.

Ahmad Shabery berkata rantaian yang diwujudkan dengan masyarakat tempatan amat penting apabila para graduan memasuki dunia pekerjaan selepas tamat pengajian.

Kira-kira 70 penuntut Malaysia hadir di majlis yang diadakan di kediaman Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Othman Samin. Turut hadir Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi Ahmad Fathi Muhammad dan Ketua Masyarakat Malaysia di Maghribi, Baharin Ayob.

Sebelum tiba di sini untuk menghadiri Persidangan Menteri Penerangan Islam kelapan di bawah naungan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ahmad Shabery mengadakan perbincangan dengan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk S. Thanarajasingam, di Paris mengenai langkah yang boleh diambil untuk mengeratkan hubungan dua hala.

Thanarajasingam berkata hubungan Malaysia-Perancis adalah pada tahap amat baik.

Beliau juga berharap lebih ramai pemimpin Malaysia datang ke Perancis untuk menjalin hubungan dengan rakan sejawat mereka.– BERNAMA

*Di sini saya sertakan rakaman ucapan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada perjumpaan bersama baru-baru ini.

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

0 Comments to "Bersama Datuk Shabery Cheek"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft