Buktikan Kasihmu!

Sedikit tulisan saya di sebuah yahoogroup mengenai perbincangan persoalan hukum wanita ke masjid dan tindakan sepatutnya kita untuk perjuangan ISLAM yang sebenar.Semoga ALLAH mengampuni saya dan meletakkan saya di tempat orang-orang yang rendah diri dengan tuhannya.Selamat membaca!

1.HALANGAN

Sepakat Ulama dan tiada ikhtilaf menyatakan bahawa wanita HARUS untuk solat berjemaah di masjid.Tiada sebarang LARANGAN mahupun HALANGAN dalam ISLAM untuk wanita ke masjid.Dalil:-

Nabi besabda, "Apabila isteri salah seorang daripada kamu meminta izin untuk pergi ke masjid, maka janganlah menegahnya ” [Hadith Riwayat Muslim].

2.MAQSAD

Maqsadnya adalah untuk menghalang wanita daripada fitnahnya.Sepakat Ulama dari sumber dalil-dalil menetapkan bahawa wanita Islam harus berjemaah di masjid (Aulawiyatnya jika ke tempat selain masjid, lebih-lebih lagi) dengan syarat:-

-Hendaklah mereka menutup aurat dengan sempurna
-Tidak bertabarruj secara melampau (SOLEKAN dan BAUAN yang melampau)
-Meminta izin suami jika sudah berkahwin

3.AFDAL

“Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka ” [Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah]

Dr Yusof al-Qardhawi berkata: "Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah yang lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur'an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik".

Bab kewajipan menuntut ilmu bagi lelaki dan wanita muslim.Fahami konsep dan waqi' globalisasi.

4.PENJAGAAN SOLAT

Sebenarnya, isu utama adalah saranan kepada kita tentang PENJAGAAN SOLAT.Kepentingan PENJAGAAN SOLAT untuk kemajuan dan kekuatan umat ISLAM.Istilah MENJAGA SOLAT itu juga tidak sama dengan sekadar bersolat.

Firman ALLAH swt dalam surah Al-Baqarah, "Peliharalah semua solat (kamu) dan solat wusta (menurut hadis sahih, asar) dan dirikanlah (solat) kerana ALLAH dengan khusyuk."

"Apabila mendengar azan bangun serta-merta walau dalam keadaan bagaimana sekali pun," Wasiat pertama asy-Syahid Imam Hasan al-Banna.

5.KESIMPULAN

Marilah sama-sama kita berusaha untuk memperbaiki diri kita supaya menjadi MUSLIM yang REALITI.Selain demonstrasi, boikot, kecaman, derma harta, derma darah, doa dan sebagainya lagi, usaha memperbaiki diri kita sendiri juga merupakan satu perjuangan.Kita!Kita!Kita!ILMU, IMAN dan AMAL kita.Mulakan langkah kemenangan!BUKTIKAN KASIHMU!Waallahualam~


"Perbincangan bukannya untuk mendapatkan kemenangan, tetapi untuk mendapatkan kebenaran"

العلم ما قام على الدليل، والنافع ما جاء به الرسول صلى الله عليه وسلم
- شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

1 Comment to "Buktikan Kasihmu!"

  1. perkongsian ilmu yang bagus

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft