Kebangkitan!~


1.Pelajar universiti di negara ini dibenarkan untuk menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.-BERNAMA

2.Semua pelajar sekolah dan warga pendidik seluruh negara akan menyertai satu gerakan massa besar-besaran bertujuan menyemai kesedaran membenci keganasan Israel terhadap rakyat Palestin, nilai keamanan sejagat dan moral kemanusiaan bersama, yang akan dipimpin oleh Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.-BERNAMA

3.Bakal Presiden AS, Barrack Obama menegaskan diamnya selama ini bukan membenarkan tindakan melampau rejim zionis berkenaan sebaliknya beliau tidak mahu mencampuri urusan Amerika sehingga beliau secara rasminya menjadi presiden Amerika Syarikat.Beliau menegaskan dia percaya kepada “hanya satu pemimpin pada satu- satu masa”.-TVantara.com

4.Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel hari ini cuba menunjukkan 'keprihatinannya' dengan mengumumkan bahawa tentera Zionis mereka akan menghentikan serangan ke atas Genting Gaza selama tiga jam setiap hari bermula jam 1 pagi hingga 4 pagi waktu tempatan (jam 7 hingga 10 malam waktu Malaysia).-TVantara.com

5.Dr Hussein Ashur, pengarah kompleks perubatan Shifa, hospital terbesar di Gaza merayu pada pihak antarabangsa untuk membekalkan hospital dengan peti ais bilik mayat setelah kesemua unitnya telah dipadatkan dengan jumlah mayat yang semakin bertambah menyebabkan mayat-mayat terpaksa dibiarkan bertaburan atas lantai.-palestinkini.info


0 Comments to "Kebangkitan!~"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft