Perhimpunan Intifadha di Rabat~


"Khaibar Khaibar! Khaibar Ya Yahud!"
"Al Anzimatul Arabiyah Zero Zero!"
"Ghazzah Ghazzah Ramzul Izzah!"

Itulah antara laungan-laungan semangat oleh 1.3 juta rakyat Morocco yang berkumpul di tengah bandaraya Rabat pada hari Ahad 4 Januari yang lepas.Perhimpunan mega sebagai membantah tindakan kekejaman dan kezaliman Zionis laknatullah ke atas tanah suci Palestin ini dipublisiti secara meluas sekitar Morocco melalui media televisyen dan radio serta media cetak.

Orang ramai yang mula berkumpul sejak jam 10.00 pagi di Bab El-Ahad, berarak sekitar bandaraya Rabat ini melalui pasar lama (sweqa), parlimen, stesen keretapi, istana dan berakhir di kawasan lapang berhampiran Markaz Kuliah Adab Universiti Mohamed El-Khamis, Rabat.


Walaupun dalam keadaan hujan renyai, tidak mematahkan semangat mereka yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat; orang tua, dewasa, wanita, bertudung, tidak bertudung, berpurdah, anak muda, kanak-kanak dan tidak ketinggalan bayi-bayi pun turut sama menyertai perhimpunan ini.

Alhamdulillah, saya dan beberapa orang sahabat di sini berkesempatan menyertai perhimpunan mega dan bersejarah ini.Hati saya sungguh terharu melihat semangat-semangat umat Islam di sini mampu untuk bersatu dalam isu sebesar ini.Bermula dengan pimpinan politik pihak kerajaan dan pembangkang, pegawai-pegawai kerajaan, pensyarah-pensyarah universiti, mahasiswa-mahasiswa, pemandu-pemandu kenderaan awam, peniaga-peniaga dan seluruh orang awam berhimpun untuk membuat bantahan.


Di akhir perhimpunan, sedikit ucapan pembakar semangat daripada pimpinan rakyat, kemudian disusuli dengan bacaan doa dan surah Al-Fatihah ke atas saudara kita di Palestin.Perhimpunan mega ini bersurai pada jam 2.00 petang.

Benar, menunjukkan bantahan di jalanan tidaklah cukup untuk kita mengubah pendirian Zionis, akan tetapi sebagai permulaan usaha menyatupadukan kekuatan muslim."Dan inilah selemah-lemah iman..!"



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

5 Comments to "Perhimpunan Intifadha di Rabat~"

  1. afiqhakimi

    eh keram..ko pakai jc mesia ek? hehe..tetibe~

  2. haah..jc mlysia?nape,ko ada jc camni gak k?ekek..

  3. Salam.

    Wah, gempar idhrob kali ni.

  4. Anonymous

    Al-Anzimatul Arabiyyah, bukan Alzimatul..sekadar hanya

  5. ++ainaamardhiah, gempak segempak gempaknya..bangga la jugak menjadi satu dari sejuta hati itu..=D

    ++anonymous, terima kasih di atas teguran.mngkin ksilapan pendengaran saya.harap lain kali tidak menggunakan 'anonymous' ya.min fadlik.papepon, mekasih bnyk2.=D

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft