Perginya Seorang Syahid~

Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad menyambut jenazah almarhum sejurus sampai di rumahnya di Kampung Pulau Manis~

Innalillahiwainna ilaihiraji3un
. 24 Januari 2009, ketika saya sedang sibuk menguruskan sebuah program bertemakan Palestin dan kebangkitan umat ISLAM di sini, saya mendapat khabar duka dari tanah Al-Kinanah. Senior saya ketika di Maahad dahulu, Akh Mohd Hatta bin Mohd Hanafi, 21 tahun telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.35 pagi waktu Mesir. Almarhum yang merupakan pelajar tahun 1 Kuliah Usuluddin, Kaherah ini sudah mengadu tidak selesa dengan kesihatannya sejak seminggu yang lalu, dipercayai menghidap penyakit paru-paru berair dan ada juga yang menyatakan almarhum diserang virus Tibi. Namun apa yang saya perasan, sejak dahulu lagi, almarhum sering batuk-batuk jika dalam keadaan sejuk.Wallahualam.

Senyumannya dalam kenangan~

Saya mula mengenali almarhum ketika di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu pada 2005. Almarhum pernah diberi amanah sebagai Exco Lujnah Dakwah dan Ibadat DPP 05/06 sebelum mengetuai jentera DPP 06/07 sebagai Yang Di-Pertua. Memang diakui, senang bekerja di bawah almarhum, ada ketegasan dalam kelembutan dan sentiasa memberi teguran berhemah jika ada kesilapan atau kekurangan.

Jenazah almarhum sempat disolatkan di Dataran Hayy Asyir, Kaherah.
Solat jenazah itu diimami oleh Mufti Terengganu, Ustaz Alias.

Saya pernah bersama-sama almarhum ketika di bawah Lujnah Dakwah dan Ibadat DPP, pernah bersama-sama menerbitkan beberapa majalah komik islamik, dan pernah bersama-sama menjadi fasilitator di dalam beberapa program. Kehilangan almarhum merupakan sebuah kehilangan kepada ISLAM. Moga almarhum sentiasa dirahmati ALLAH dan ditempatkan bersama orang-orang yang syahid. Win as a Mujahid, die as a Syahid~


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

2 Comments to "Perginya Seorang Syahid~"

  1. inna lillah wa inna ilaihi roji'uun

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft