Politikwood!


Mungkin sekarang ini musim berpolitik. Politiking kembali lagi! Muak! Muak dengan sandiwara-sandiwara orang politik. Drama, filem, cerekarama dan politikwood. Macam-macam ada..

Mula-mula hilang 2, 3 hari. Lepas itu letak jawatan, lompat sana, lompat sini, bayar sana, bayar sini, ugut sana, ugut sini. Isytihar kerajaan baru, guna cable istana. Perlembagaan tolak tepi. Suka-suka kucar-kacirkan negara. Kesian yob!

Lepas ini beralih ke Kedah pulak, Selangor pun makin berjaga-jaga. Saya tak salahkan sesiapa. Tapi orang bersalah patut rasa bersalah. Nak kembali stabil, minta rakyat pilih sekali lagi. Baru telus. Kalau BN menang, PR puas hati. Kalau PR menang, BN puas hati. Tak perlu nak gaduh-gaduh. Kerajaan untuk rakyat, bukan untuk Sultan!

Lepas ini ada dua pilihanraya kecil ( tidak termasuk jika berlaku Pilihanraya Kecil Negeri Perak), DUN Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen Bukit Gantang, Perak. Mari sama-sama kita lihat. Lihat bukan sekadar lihat..

Pilihanraya kecil di Morocco ini juga tidak kurang hebatnya. Kerusi panas Timbalan Setiausaha Kehormat 1 (TSU 1) Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi akan terisi dengan pilihan terbaik dari ahli-ahlinya. Saya melihat, kerusi TSU 1 kali ini untuk mencari pelapis Setiausaha Kehormat pada kepimpinan yang akan datang. Antara YB Rahim, YB ABCD dan YB Hamiz, siapakah pilihan anda?

Tunggu untuk post yang akan datang. Mode menulis saya minggu ini adalah gaya ala-ala penganalisis politik terhebat persatuan dan tanah air. Suka-suka buat hangat di musim sejuk=D


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

5 Comments to "Politikwood!"

  1. tp seandainya kes 16 septmber berlaku, di mana (akan) ada adun yg lompat parti mmbentuk kerajaan baru, adakah pr sedia memberi kmitmen ttg pmilihan smula?

    hmmm....

  2. This comment has been removed by the author.
  3. Tanyalah pihak PR. Saya cuma bercakap mengenai hak perlembagaan dan perundangan sekarang.

    Politik oh politik..

  4. pastikan tiada pengundi hantu k!..hahahah..best²..!!

  5. kalau ada undi hantu tu, mesti rahim ngan hamiz undi dua kali untuk diri sendiri tu..ekekek=D

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft