Temuramah Bakal YB 1


TEMURAMAH WARTAWAN PMMM

Isnin, 8 Febuari 2008.

Pilihanraya Kecil bagi kerusi Timbalan Setiausaha 1 Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi semakin hampir. Kempen di sana-sini sudah mula memulakan gendang masing-masing. Di kesempatan ini, wartawan kami, Saudara Mohd Ikram Hakim sempat menemuramah calon-calon bagi kerusi panas ini. Untuk kali ini, pihak kami berkesempatan untuk bersua muka dengan calon pertama, YB Abdul Rahim bin Zainudin di kediaman beliau di Kamrah.

1) Apakah perasaan anda apabila dicalonkan sebagai Timb. S/U 1 PMMM?

I jumped out of my skin! Bila pertama kali baca senarai yang layak di emel grup, nak tergelak pun ada bila nama saya tersenarai. Namun selepas beberapa ketika, saya mula dapat menyerap hakikat dan cuba mengadaptasi situasi ini. Dan sekarang sudah mula ‘faham’ akan harapan dan sokongan daripada rakan-rakan yang lain. Terima kasih semua.

2) Rasa boleh menang atau tidak? Kalau tidak anda, siapa? Dan kenapa anda/dia lebih layak menang?

Pendapat saya peluang kemenangan untuk ketiga-tiga calon adalah 33.3%-33.3%-33.3% (abaikan ralat). Our fields are equally the same. Sesiapa sahaja boleh menang dan saya tidak mahu meletakkan sebarang nama yang bakal menyandang jawatan ini. Kita tunggu saja nanti.

3) Anda sekarang sebagai moderator GKLN Afrika, mungkin itu menjadi kelebihan anda dalam bidang kesetiausahaan ini berbanding dua calon lain. Komen?

Saya suka untuk membawa satu analogi mudah untuk kita semua cuba fahamkan. Anda suka makan ikan bilis, tetapi tak semestinya anda akan makan budu yang juga diperbuat daripada ikan bilis tersebut. Secara kiasnya, walaupun saya peminat kepada ilmu bahasa dan sastera tetapi belum tentu saya mampu menjiwai bidang ini.

Justeru, bagi saya itu hanyalah persepsi konvensional yang agak klise. Masing-masing ada pro dan kontra dan saya optimis dengan kebolehan calon-calon yang lain. Anda perlu bijak menilik.

4) Ramai yang melihat anda lebih berkelayakan memandangkan anda sentiasa aktif di dalam mana-mana program yang persatuan anjurkan. Komen?

Ironi sekali sebab setiap kali program yang melibatkan saya, lebih kepada bidang pengurusan program dan juga kerja di belakang tabir. Jarang sekali saya ditugaskan di bahagian yang perlu ke hadapan. Kalaupun saya aktif dengan program-program yang dianjurkan persatuan, hanya sebagai peserta untuk meramaikan majlis je la kot…

5) Andai anda dipilih sebagai timbalan Setiausaha 1 ini, apa yang anda akan lakukan melalui kerusi AMT ini?

Saya harus akui saya bukanlah seorang yang idealistik. Oleh itu, agak sukar untuk saya cuba menceritakan bentuk gerak kerja secara spesifik yang boleh saya lakukan, cuma janji saya adalah kerja keras dan komitmen selain keinginan untuk belajar perkara baru yang begitu tinggi.

Curahan pengalaman dan idea :-

AJK program-program PMMM :-

1) Ketua Unit Peralatan dan Wadrobe Program Istiadat Konvokesyen 2008

2) Ketua Unit Pengurusan Program Sambutan Mahasiswa Baru (PROSMA) 2008

3) Ketua Unit Hadiah dan Cenderamata Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Luar Negara 2008

4) Pengarah Program Aspiration 08

5) Ketua Unit Pengurusan Program RECODA 2009

6) Ketua Unit Pengurusan Program Malam Munajat Kasihku Palestin 2009

Bidang penulisan :-

1) Moderator GKLN Timur Tengah dan Afrika Utara (2008-kini)

2) Puisi di majalah Tunas Cipta (Disember 2008)

3) Puisi di Berita Harian (Sabtu, 20 September 2008)

4) Antologi Puisi Bahasa Bumi (2008)

5) Pendapat berkaitan sastera di majalah Tunas Cipta (November 2008)

6) Saguhati SEMPURI 2008



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

0 Comments to "Temuramah Bakal YB 1"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft