Wartawan Oh Wartawan~

1. Pengalaman sebagai wartawan cukup menarik. Saya dapat belajar perkara baru. Cara bekerja dengan pihak kedua. Walaupun, lingkungan bidang saya setakat ini sekadar kawan-kawan sekeliling sahaja, namun tidak dinafikan, saya lebih mengenali keprofesionalan calon-calon PRK baru-baru ini selepas saya menemuramah mereka. Mungkin saya lebih nampak apa yang orang lain tidak nampak semasa saya bekerjasama dengan mereka. Satu-satunya kerja kuli yang boleh berurusan dengan orang atasan dan artis-artis. Terjah!

2. Saya buat kerja ini bukanlah secara serius. Hanya suka-suka hati, mengisi masa-masa terluang. Mencari kerja yang orang kurang buat, tapi saya rasa perlu buat. Ada yang bertanyakan watikah perlantikan saya sebagai wartawan PMMM. Saya jawab, awak boleh rujuk dengan Exco Penerbitan dan Dokumentasi PMMM sesi ini. Sebab apa mereka tanya? Sebab mereka tidak tahu yang PMMM kita sebenarnya ada Unit Wartawan di bawah kelolaan exco ini. Kadang-kadang wartawan itu sendiri tidak tahu yang dia adalah wartawan PMMM. Saya buat kerja saya, takkanlah mahu saya juga buat kerja exco.

3. Kewajipan wartawan meletakkan nama mereka di setiap laporan mereka bukanlah untuk publisiti murahan, bukan juga untuk mereka mendapat nama peribadi. Mereka meletakkan nama mereka supaya para pembaca boleh merujuk kepada mereka sendiri jika terdapat apa-apa masalah dan mereka tidak mahu pihak lain terpaksa bertanggungjawab jika penulisan mereka mengandungi apa-apa masalah. Harap faham.

4. Kami (Unit Wartawan) buat kerja ini untuk PMMM. Objektif utama tugas wartawan PMMM ini adalah menyebarkan apa yang ahli-ahli perlu tahu; isu-isu semasa dalam PMMM. Kami memulakan tugas kami pada musim PRK ini. Kami rasa ahli-ahli mahu tahu informasi-informasi tentang calon-calon kita yang bertanding, dalam masa yang sama calon-calon juga mahu memberitahu sesuatu kepada pengundi. Mereka tidak akan sanggup memberitahu sendiri kepada pengundi, bimbang dikatakan angkat bakul sendiri! Inilah tugas sebenar wartawan.

5. Saya masih ingat pada Mesyuarat Agung Tahunan PMMM sesi lepas (2008), ada yang bertanyakan status Unit Wartawan ini. Saya tidak mahu jawapan yang sama akan keluar dalam Mesyuarat Agung Tahunan PMMM sesi ini. Unit Wartawan dah buat kerja! Cumanya saya tidak tahu apa respon pembaca terhadap kerja Unit Wartawan sebelum ini. Jika tidak keberatan, tinggalkanlah sedikit komen terhadap kerja kewartawanan kami pada PRK baru-baru ini untuk koreksi pada tugasan yang akan datang. Terima kasih.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

0 Comments to "Wartawan Oh Wartawan~"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft