Majlis Maulidur Rasul 1430 Di Rabat

Menurut beliau, kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W perlulah mengkaji dan menghayati ajaran baginda S.A.W dalam institusi kekeluargaan yang menjadi induk kepada keharmonian masyarakat dan negara. Tidak dilupakan juga, ajaran baginda S.A.W supaya menyayangi dan berbuat baik kepada anak-anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik.
Berucap ketika majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430 di sini semalam, Datuk Othman menyeru supaya kita sebagai insan yang diberi peluang untuk bergerak pantas ini supaya bersyukur dengan kurniaan Allah kepada kita.
“Kita patut bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan kepada kita yang cukup sifat ini. Insafilah segala amalan yang telah kita lakukan sebelum ini dengan melihat saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik di sekeliling kita. Jangan memandang rendah kepada mereka kerana mereka sebenarnya adalah sebahagian daripada kita. Bersyukurlah kita kepadaNya dengan berkongsi kegembiraan bersama mereka,” ujar beliau.
Kasih sayang ala-ala ayah dan ibu tiri baik hati ditunjukkan oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di sini.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul kali ini bertemakan meraikan kanak-kanak istimewa dari Institut Dar El-Shabab,
Majlis anjuran Kedutaan Malaysia di Maghribi bersama Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi ini dihadiri oleh pegawai-pegawai kedutaan, rakyat
Persembahan oleh wakil kanak-kanak istimewa Institut Dar El-Shabab bersama pembimbingnya ini menghiburkan para hadirin pada majls tersebut.
Antara acara yang berlangsung dalam majlis yang bermula selepas solat Zohor ini ialah selawat beramai-ramai, ramah mesra bersama kanak-kanak istimewa, persembahan dari wakil kanak-kanak istimewa dan juga persembahan nasyid dari mahasiswa-mahasiswa
Acara kemuncak pada malam tadi adalah forum khas sempena Maulidur Rasul. Forum yang bertajuk ‘Hilangnya Kasih, Pudarnya Sayang’ itu dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Azim bin Mohamad Isa dan antara ahli panel bagi forum tersebut ialah Ustazah Nur Hanisah binti Mansor, Ustazah Anis Qurratu’ Aini binti Jamaluddin dan Ustaz Ahmad Fathi bin Muhammad.- Ekramhakim.
aku baru lalu depan skul paya resak tadi..ad gop set2 ye wat sambutan maulidur rasul nih
gambar curik bek tak yah..hahahah...
slm...satu pendekatan yg lbh brkebajikan...besh r sek2 yer leh mlawat g2.