Perhatian Kepada Pengguna

MAGHRIBI - Bermula hari ini, semua nombor rangkaian perkhidmatan telekomunikasi di sini ( Jawal, Meditel, Wana, Bayn dan sebagainya) akan ditambah dari 9 digit kepada 10 digit. Perubahan ini adalah selaras dengan usaha penambahbaikan sistem satelit telekomunikasi dan multimedia bagi benua Afrika. Jika sebelum ini nombor depan adalah bermula dengan angka (0), selepas ini semua nombor akan ditambah kepada angka (05) dan (06).

Bagi semua nombor talian tetap rumah perlu ditambah (05). Sebagai contoh, jika sebelum ini nombor kediaman Teratak Ayahanda adalah 022333444, selepas ditambah (05) nombor talian tersebut akan menjadi 0522333444/+212522333444.

Begitu juga bagi semua nombor talian mudah alih perlu ditambah (06) untuk meneruskan panggilan masing-masing. Jika nombor sebelum ini adalah 011122233, setelah ditambah (06), nombor tersebut akan menjadi 0611122233/+212611122233.

Manakala bagi talian hayat pula, bilangan angka masing-masing adalah tidak akan berkurang dan bertambah sama sekali. Segala-galanya telah ditentukan oleh ALLAH s.w.t. Berkejar-kejarlah membuat kebajikan dan amal soleh. Melangkah menuju kemenangan.

Penggunaan nombor 10 digit ini berkuatkuasa serta merta bagi semua rangkaian telekomunikasi seluruh Maghribi tidak kira telefon mudah alih anda PDA Han Tok Chai mahupun PDF sekalipun. Harap maklum.-Ekramhakim.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

0 Comments to "Perhatian Kepada Pengguna"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft