Satu Wajah di Mohammedia

MOHAMMEDIA - Mahasiswa-mahasiswa Malaysia di Mohammedia telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka bersempena sambutan Aid Akbar di sini, 10 Zulhijjah yang lepas. Para mahasiswa Malaysia dari wilayah lain turut dijemput bersama bagi memeriahkan majlis ini. Kedatangan Datuk Duta bersama pegawai-pegawai kedutaan melengkapkan kehadiran jemputan pada hari tersebut. Turut hadir ke majlis tersebut, kakitangan syarikat Malaysia di sini, Al-Hidayah dan SPK.

Dalam majlis tersebut, para jemputan dihidangkan dengan persembahan berzanji oleh beberapa mahasiswa Mohammedia. Selepas itu, mereka dijamu selera dengan makanan tradisional Maghribi dan tidak dilupakan makanan ibunda Malaysia. Antara hidangan pada majlis itu adalah nasi minyak, ayam sambal merah, tojin daging dan pelbagai lagi juadah yang 'hingga menjilat jari'.

Program-program sosial sebegini sememangnya sangat digalakkan untuk kita bersua muka bersama, menjalinkan serta merapatkan hubungan silaturahim dan tidak dilupakan memenuhkan perut masing-masing. Lain kali tuan rumah boleh buat lagi. Jemputan dari wilayah-wilayah lain juga amat digalakkan.-Ekramhakim.

Video ini dikreditkan kepada Saudara AimanTaqwa.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

1 Comment to "Satu Wajah di Mohammedia"

  1. Syah_peace

    Hidup2...!

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft