Nikmat Tersirat


Apa yang selalu kita nampak, kita gagal dalam beberapa modul. Kadang-kadang kita terlupa yang ALLAH ada bagi kita lulus untuk beberapa modul yang lain. Jangan lupa untuk bersyukur dengan apa yang ALLAH dah bagi. Itu adalah nikmat. Tanpa istilah lulus sepenuhnya sekalipun, bersyukurlah bahawa ALLAH telah memberi peluang kepada kita untuk belajar sesuatu dalam tempoh masa itu. ALLAH tidak sesekali menciptakan sesuatu yang sia-sia.

Fikirkan masa depan kita untuk ISLAM. Jangan putus harapan untuk lihat ISLAM kita menuju kemenangan. Binalah kekuatan untuk diri kita sendiri, untuk masyarakat MUSLIM kita dan untuk ISLAM kita yang tercinta. Gagal sekali tak bererti kita kalah, tapi untuk kita lebih gagah.

Teruskan usaha. Kuatkan semangat. Baiki kelemahan. Selamat menempuhi semester baru untuk semua.

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

2 Comments to "Nikmat Tersirat"

  1. Anonymous

    Suat masa kolek harapan pasti berlabuh di pelabuhan hidup untuk ditukar ganti dengan kejayaan,teruskan usaha.DIA pasti bersama anda!

  2. Sekiranya kita gagal dalam apa jua yang kita lakukan dengan kesungguhan yang kita rasakan sudah cukup menjadi tiket kelulusan, maka kita harus tabah, kerana barangkali disebalik kesungguhan kita, masih terdapat kelekaan yang kita tidak sedari. Ternyata di sana ada hikmah dari TUHAN yang tidak ternilai. Lalu kita harus tingkatkan usaha demi sebuah kejayaan mendatang. Terus Bermuhasabah. Linughayyir Sulukana.

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft