Psikologi; percaya atau tidak?

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.


Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini. Ada 5 perkara berlaku serentak.


1.Air mendidih kat dapur.

2.Air paip melimpah kat bilik air.

3.Bayi menangis.

4.Telefon berbunyi.

5. Ada orang ketuk pintu.


Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan selesaikankan terlebih dahulu? Anda dikehendaki untuk menyusun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.


Fikir...

Fikir...

Fikir...


Baik, dah habis fikir dan buat keputusan? Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan? Baik, mari kita semak jawapan anda. Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.


1) Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.


2) Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.


3) Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.


4) Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.


5) Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.


Haaa bagaimana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba.


Saya membuat pilihan sebelum melihat keputusannya. Saya fikir kajian psikologi ini boleh dikatakan hampir betul dan pilihan saya adalah seperti berikut. (4-1-2-3-5). Sebab-sebab saya membuat keputusan sedemikian :-

  • Saya perlu mengangkat telefon terlebih dahulu takut-takut ada panggilan kecemasan mahupun makluman penting yang ingin disampaikan oleh pemanggil.

  • Sambil bercakap telefon, dengan pergerakan seberapa pantas, saya akan menutup api gas di dapur kerana takut berlaku kekeringan dan kehangusan yang lebih berbahaya berbanding kebanjiran air.

  • Dengan kadar seberapa pantas juga, saya akan menutup paip air di bilik air yang kebiasaannya berdekatan dengan dapur.

  • Sambil memberitahu bahawa bayi sedang menangis, saya memohon kepada pemanggil untuk menelefon kembali jika urusan belum selesai. Tetapi kebiasaannya, urusan melalui panggilan telefon adalah sekitar 2-3 minit sahaja kerana semua pemanggil mahu menjimatkan pembelian kredit atau boleh dikatakan mereka memboikot saya sebagai penjual kad pra-bayar. Yang suka menelefon lebih dari 2-3 minit itu mungkin ada urusan penting, pasangan kekasih ( saya kurang arif tentang ini) atau mungkin pemanggil akan meminta claim dengan mana-mana Bendahari Program.

  • Sambil mendukung bayi, memujuk-rayu supaya berhenti menangis, saya terus menuju ke arah pintu untuk membukanya. Saya yakin penunggu itu pasti akan memahami situasi saya masa itu. Kebiasaannya bayi-bayi akan berhenti menangis dan kembali ceria apabila melihat muka saya. Percayalah!

*Jika anda memilih untuk mengangkat telefon terlebih dahulu, menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda...


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

9 Comments to "Psikologi; percaya atau tidak?"

  1. Camana kalau telefon rumah yang bukan mudah alih yang berbunyi? Angkat telepon dulu alamat meninggal dengan bayi sekali dengan orang yang ketuk pintu. Semua mati berjemaah. Ahha~

    Kalau sekiranya telefon tu emergency, pasti diaakan telefon banyak kali.

    Mahunya ditulis sana, telefon bimbit berbunyi. Baru sesuai. Ahha~

  2. assalamualaikum wbt, best la n3 kali ni,t'ingt kem motivasi dkt sek dulu..huhu...soalan sebiji ...bagus3x..

  3. ++alfannani, haah..tapi kebiasaan orang mencari saya menggunakan telefon bimbit saya.jarang2 skali menggunakan telefon rumah.

    Tapi, andai telefon rumah, mungkin saya akan tutup api gas dulu dan telefon tu saya abaikan dulu utk sementara waktu menunggu panggilan kedua..

    ++cik tiara, eheh..saje kongsi2..cik tiara cane lak?

  4. Anonymous

    Erm,
    Entri menarik saya kira buat kali ini!

    3-1-2-4-5 menjadi pilihan.

    Anak kecil kalau sudah menangis dan tambah2 lagi kalau lambat dijenguk mahu selak jadinya si kecil itu.

    Walau apa pun yang kita inginkan & pentingkan dalam memilih,semoga kita semua mendapat pilihan terbaik agar segala kekurangan bisa ditampung dengan perkongsian kelebihan setiap dari pasangan~

  5. ayat yg ni "Kebiasaannya bayi-bayiakan berhenti menangis dan kembali ceria apabila melihat muka saya" ni kene test byk kali ni..supaya boleh disahkan..ngeh3..

  6. ++Saya, tak perlu test banyak kali..dah konfem dah..istidrak pon dah kena dah..btolll...huhuhu

    "Entri menarik saya kira kali ini.."
    -erm, mungkin entri2 sebelum ni tak menarik kan..menolak jer..hoho=>

  7. adakah anda penjual topup??

    nak celcom seploh..hehehe

  8. Anonymous

    Ahha~
    Bukan saja menolak,bahkan menurun pun ada~
    Teruskan bertinta! =)

  9. aku memilih no.2 - 4
    last skali no. 1

    hahaha

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft