Obsesi Terganggu

1. Minta maaf di atas kesawangan laman ini. Banyak kerja saya tertangguh untuk minggu ini. Ideologi pemikiran saya untuk minggu ini kurang baik. Mungkin perlu mengambil sedikit masa untuk kembali normal seperti sediakala.

2. Tahniah kepada Abang Hazrie kerana telah melangsungkan perkahwinan dengan Arni Nazira. Terperasan dengan berita ini setelah terbacanya di sebuah akhbar tabloid tempatan. Saya sempat mengenali Abang Hazrie ketika kami sama-sama mengikuti pengajian kuliah Ustaz Azhar Idrus. Maka terciptalah status seorang sahabat saya di Mesir, "Anak Buah Ustaz Azhar Bernikah Dengan Bekas Isteri Awie..". Saya gembira dengan berita ini. Tahniah Bang!

3. Semenjak dua menjak ini, satu pemikiran di luar jangkaan menjengah ke dalam kepala saya sehingga kadang-kala mengganggu pengajian di kuliah. Fikir punya fikir, terbitlah peribahasa , falsafah, kata pujangga, mahupun tema program ciptaan sendiri, " Lebih Baik Berkorban Satu Daripada Terkorban Kedua-dua..". Erm, inilah kehidupan.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

1 Comment to "Obsesi Terganggu"

  1. "Lebih Baik Berkorban Satu Daripada Terkorban Kedua-dua.."

    saya suka dengan kata-kata ini :)
    salam kenal dari saya

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft