Akhil Hayy!


Sesudah beberapa ketika berita mengenai personaliti 'Dakwah Remaja' ini di media-media hiburan tanah air, semakin hari, semakin hangat diperkatakan. Akhil Hayy, Waheeda dan Maiza. Apa-apa pun saya doakan yang terbaik bagi mereka dan nasihat saya, janganlah kita menghukum mana-mana pihak terlalu awal dan secara semberono sahaja.

Akhil Hayy masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan dan mungkin hanya menunggu kes tuntut cerai oleh isterinya di mahkamah pada 2 Jun ini. Apa yang mengejutkan saya adalah kenyataan oleh isterinya mengenai Akhil Hayy sudah tidak pulang 3 bulan ke rumah! MasyaALLAH. Apa yang menjadi isu sekarang adalah mengenai teka-teki hubungannya dengan Waheeda. Itu saja. Sejujurnya saya kurang bersetuju dengan beliau melalui pergaulan bebas keluar ke pantai, bersuka-suka sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dari orang awam. Inilah fitnah sebenarnya.

Sepastinya saya memandang hormat Akhil Hayy ini dan saya meletakkan beliau sebaris dengan Yusuf Islam, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Azmil Mustafa (Ali Setan); orang-orang yang kembali ke jalan Islam selepas hanyut dengan gelombang hedonisme, terus menyebarkan dakwah dengan apa yang diyakini selepas itu seterusnya menjadi aset kepada dakwah Islam itu sendiri.

Gaya penyampaian dakwah beliau mampu memberi impak kepada Islam terutama untuk golongan muda-mudi. Melalui ceramah, nasyid, personaliti dan lakonannya menerusi Cafe Akhil Hayy. Beranilah untuk menghadapi situasi ini dan mungkin ini adalah ujian buat orang seperti anda. Jika ini adalah kesilapan beliau, sesungguhnya ini adalah kesilapan paling besar pernah beliau lakukan untuk dirinya, keluarganya dan dakwah Islam itu sendiri. Moga kita semua diberi kekuatan dan saya mendoakan yang terbaik untuk kalian. Saya takut dengan ujian wanita!


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

5 Comments to "Akhil Hayy!"

  1. ooo..pernah jatuh cinta ghupenye..huhu..

    erm..tu la...Allah nak uji dia tu..ujian dgn wanita..

  2. ada saya kate camtu ke?

    haah..akak pon wanita gak kan?=D

  3. Anonymous

    haha jo pcaya ust n waheeda sdah kawin

    kwn2 kat perak pon kata gitu sbb diorang pnah knal ngan wheeda tu
    haha

  4. Jam 3.59 ptg..

    Gosip ke n??..=P

  5. Anonymous

    nak tya sahabt kat sini..bila kita perlu guna perkata masyaAllah.astagfirullah dan subhanAllah

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft