Laskar Pelangi Macam Ni Ke?=D Bilakah kali terakhir dirimu menangis mengenangkan keadaan ummah ini? Bilakah kali terakhir dirimu melihat seorang yang melakukan maksiat secara terang-terangan, lalu timbul rasa kasihan di hatimu lantas bermunajat kepada Allah untuk dirimu dan dirinya?
Lidah kita terlalu pantas melantunkan kata-kata kesat. Tangan kita terlalu ringan memukul dan menyakitkan. Kuasa yang ada mahu digunakan semahu-mahunya. Semuanya dihalalkan atas nama dakwah. Mengapa? Tidak sepatutnya wahai pendakwah! Dakwah itu terlalu suci untuk dicemari sebegitu rupa.
Untuk mengislahkan ummah, kita perlu kembali kepada Islam dengan maknanya yang hakiki. Ummah tidak menyelami hakikat sebenar Islam. Para pendakwah pula muflis akhlak dan ibadah. Kitalah golongan pendakwah itu. Ibadah kita tidak disertai rasa cinta. Rukuk dan sujud semata-mata tunduk tanpa khusyuk dan tawadhu'. Puasa hanya sekadar berlapar dan dahaga. Bacaan Al-Quran pula tidak mengalirkan air mata.
Sumber"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
salam..patutlah ngigau sebut masaalh ummah!!!hahahha..kantoi