Apa yang kita faham tentang 1Malaysia?


Apa yang kita faham tentang 1Malaysia?

1. Menyamaratakan hak antara semua kaum sepertimana yang diperjuangkan oleh DAP dengan gagasan "Malaysian Malaysia"?

atau

2. Memberikan hak yang sepatutnya kepada semua rakyat Malaysia mengikut kaum dan agama tanpa mengabaikan keadilan dalam pentadbiran. Dengan kata mudah, melaksanakan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dengan sebaiknya?

Dalam satu majlis di sini, ketika Datuk Duta memperkenalkan beberapa pasangan Malaysia+Morocco, Malaysia+Perancis dll, beliau ada menyatakan bahawa kita sebenarnya telah lama mengamalkan gagasan 1Malaysia ini. Adakah 1Malaysia itu bermaksud membina keluarga dengan bangsa lain?

Bagi pandangan saya, apa yang Datuk Duta perkatakan itu lebih menjurus kepada gagasan 1Ummah. Mungkin gagasan yang bernas ini boleh dikupas dalam OIC atau Pertubuhan Islam yang sewaktu dengannya.

Sekarang ini, apa yang kita sebagai rakyat Malaysia faham mengenai gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri kita yang keenam, YAB Datuk Seri Najib Razak? Tidak dinafikan idea lama, tapi disegarkan kembali demi kelangsungan melahirkan bangsa Malaysia yang di dalamnya pelbagai kaum dan etnik.

Yang penting, 1Malaysia bukanlah hanya sekadar untuk dipopularkan dengan ucapan 'Salam 1Malaysia' di media massa mahupun di grup PMMM=)

Mohon pendapat. Mekaseh~


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

3 Comments to "Apa yang kita faham tentang 1Malaysia?"

  1. Assalamualaikum wbt..
    salam 1 Malaysia.. =)
    1 Malaysia melambangkan seiya sekata dlm apa aspek pun bukan sekadar hanya... =p

  2. Assalamualaikum wbt..
    salam 1 Malaysia.. =)
    1 Malaysia melambangkan seiya sekata dlm apa aspek pun bukan sekadar hanya... =p

  3. waalaikumussalam wbt..

    Betul ke melambangkan seiya dan sekata dalam apa aspek? contoh=?

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft