Baru Balik Dari Kelas Vokal AEIOU~

Tahun ini kami mahasiswa-mahasiswi di Rabat akan menjalankan program wilayah bersempena cuti minggu Maulidurrasul semacam semasa saya di tahun pertama. Tahun lepas pihak Exco Rohani PMMM buat program secara berpusat di kediaman rasmi Datuk Duta, jadi takdelah program mengikut wilayah masing-masing. Bukan sebab penghulu Rabat tahun lepas tak buat kerja yea=P

Program kami akan bermula malam ini, Konsert Gala Nasyid Extravaganza mengikut batch yang memang best. Nama je nak sedap, padahal pentas pun takde lagi. Apa-apa pun tempat persembahan yang akan berlangsung konsert mega malam ini dah masuk TV dan suratkhabar. Kiranya dah sama taraf dengan Stadium Bukit Jalil la kan3?=>

Sabtu pulak ada pertandingan forum dan kuiz. Pertandingan ini pula mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Tapi kumpulan kami semua penyenyap je semua. Lebih-lebih lagi saya ini, memang penyenyap terus. Kalau cakap, keluar emas. Dahlah ahli kumpulan kami ramai yang dah injured ni. Nak kena report dengan pihak penganjur ini. Ada siapa-siapa yang sabotaj ahli kumpulan kami, takut la tu..Perang psikologi sudah bermula~

Tak ingat nak bagitahu, nama kumpulan kami 'Seven's Spirit'. Nama kena stylo walaupun dah dua orang ahli kumpulan kami injured. Yang penting semangat tu penting. Kalah menang nombor dua. Saya masuk forum kot. Dah lama tak bercakap depan audiens. Dulu biasa jugak ceramah-ceramah dengan Ustaz Jamil Khir, tapi sekarang busy sket..Biasalah Timbalan Presiden=D

Ok la, nanti sambung balik. Nak buat persiapan akhir untuk persembahan malam ini. Gempak sangat band tahun 3 punya present. Tapi takleh lawan Duet Khai dan Qim la..ok, jumpa malam ini semua. Sila sediakan tisu masing-masing untuk persediaan kekalahan kalian. Lastly, nak puji pengarah program skit. Program ini best sebab nilai kebersamaan tu kita dah dapat rasa. Di Rabat Ukhuwah Diribat.Mizyan!

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Gambar Den Masok Suratkabar=P

Tahniah kepada wartawan kerana telah menjalankan kerja dengan cemerlang sekali. InsyaALLAH dapat Anugerah Khidmat Cemerlang akhir tahun ini. Solat Dhuha banyak-banyak. Kalau takde gambar saya, kurang cemerlang sikit la kan kerja wartawan ni..ehe~

Post ini ditujukan khas kepada insan yang tak percaya wartawan datang rumah den. Huhu, juga buat orang kampung keq Malaysia, Abang bukan nak sangat masuk TV dan suratkhabar ini, tapi gitulah..faham-faham je la yea=P

Mungkin ramai yang perasan, lepas Delegasi Nogori Sembilan datang ni, Presiden PMMM dah makin lancar cakap nogori...ngeeee~

Cari kabel nogori la tu || Asrama Bouhlal

Semangat 1Malaysia @ Menyibuk? =P

Ruang tamu asrama kami di Bouhlal || Lempeng yang tak sempat dijamah

Semangat nak bagitahu MB kicap JALEN ada dijual kat Morocco ni~


Man tengah kerek time ni~

Jutaan terima kasih ditujukan kepada penyumbang gambar yang dicuri ni..hakhak. Nanti saya bagi hadiah hamper pati gamat time kawen nanti. Jangan lupa jemput kami yea=D

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Kisah Morocco Di Musim Sejuk 2010

Minta maaf sekali lagi sebab malas nak update blog ini. Tak tahu sebab apa. Mungkin sebab ada Facebook dah sebagai laman sosial untuk berinteraksi dengan kawan-kawan yang lain. Tapi apa-apapun, saya masih menghargai kewujudan blogger.com ini sebab boleh kongsi idea dengan mengarang.

Nak buka cerita musim sejuk di Morocco kali ini. Sepertimana saya di tahun 1 di sini, Alhamdulillah saya berpeluang untuk menziarahi dua 'tempat bersejarah' dan amat menarik di musim sejuk; Ifrane di Fes dan Oukaimeden di Marrakesh. Almaklumlah tahun lepas tak sempat nak bawak adik-adik, sebab masalah jadual peperiksaan akhir yang tidak sistematik.

Tahun ini, syukurlah kami dapat berehlah bersama kerana sistem peperiksaan terutama di Rabat nampak lebih sistematik walaupun masih ada beberapa masalah rumit yang timbul. Alhamdulillah 3ala kulli hal.

Bulan Februari ini jugak, kami di sini sibuk dengan kedatangan beberapa VIP dari Malaysia. Pertamanya rombongan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), Datuk Dr. Zulkefli bin A.Hassan. Delegasi ini datang untuk berbincang dengan pihak ISESCO (Bahagian Pendidikan OIC) sebagai penawaran Malaysia menjadi tuan rumah persidangan KPT Negara-negara Islam sekitar Oktober ini.

Pagi tadi, Menteri Besar Negeri Sembilan ada buat kunjungan hormat ke rumah kami di Bouhlal. Ramai jugak ahli rombongan dari Negeri Sembilan tadi termasuklah Ahli Majlis, Ketua Polis, Mufti dan wartawan-wartawan media. (walau ada orang tak percaya saya cakap wartawan TV3, RTM, Star dan Bernama ada datang rumah kami tadi). Siap masuk bilik, dapur dan tandas lagi. Nasib baiklah rumah kami pemenang Anugerah Rumah Terbersih Morocco 3 tahun berturut-turut=>

Apa-apa pun, tengok je lah muka-muka kami nanti di media-media perdana tanah air. Kami bukan nak masuk TV sangat, tapi diorang yang sibuk sangat ambil gambar kami. Kalau tak, abang-abang tu takda kerjalah semua. Membazir je diorang kumpul duit beli DLSR besar-besar kalau tak ambil gambar kami ni..

Malam ni pula, mahasiswa-mahasiswa Selangor ada majlis makan malam bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid bin Ibrahim bersama delegasi beliau. Masa ni lah baru ada orang tahu beza antara Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Khalid Jamlus dan ada jugak yang sebut Khalid Patail...macam-macam~

Haa, ni yang malas nak start menaip, dah mula panjang dah. Nanti-nantilah saya masukkan gambar-gambar aktiviti kami di sini, insyaALLAH. Jangan lupa tengok kami di TV dan Suratkhabar ya!=)


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

Musim Sejuk : Panaskan Badan Dengan Rokok!



Sebelum ini usaha kerajaan untuk membendung gejala merokok dengan kempen 'Tak Nak Merokok' melalui Kementerian Kesihatan dan juga kenaikan harga rokok dilihat masing kurang memberi kesan yang mendalam kepada kaki-kaki rokok di Malaysia. Ada, tapi tidak dalam impak yang besar. Ada juga sesetengah parti politik menggunakan usaha memilih calon yang tidak merokok untuk bertanding dalam pilihanraya.

Selain itu, usaha institusi-institusi agama yang mewar-warkan keburukan rokok ini juga tidak meluas. Selangor, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang Perlis dan Pahang telah mengeluarkan fatwa rokok itu HARAM, namun tidak digazetkan/diwartakan lagi ke seluruh negeri. Mungkin fatwa ini dipersetujui ramai, namun usaha untuk kita membendungnya mestilah secara langkah demi langkah, bukan secara terus dan menyeluruh. Berhenti merokok secara step by step kata orang kampung saya.

Mungkin pihak yang bertanggungjawab boleh membuat iklan yang lebih berkesan dan menarik, menggunakan ikon-ikon yang mempunyai pengaruh yang ramai, menguatkuasakan undang-undang larangan merokok di kawasan awam (stadium, sekolah, bandaraya, stesen bas etc.). Biar sampai orang nak merokok kena sembunyi-sembunyi dalam semak semacam orang curi-curi nak berbuka puasa di siang hari.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft