Musim Sejuk : Panaskan Badan Dengan Rokok!



Sebelum ini usaha kerajaan untuk membendung gejala merokok dengan kempen 'Tak Nak Merokok' melalui Kementerian Kesihatan dan juga kenaikan harga rokok dilihat masing kurang memberi kesan yang mendalam kepada kaki-kaki rokok di Malaysia. Ada, tapi tidak dalam impak yang besar. Ada juga sesetengah parti politik menggunakan usaha memilih calon yang tidak merokok untuk bertanding dalam pilihanraya.

Selain itu, usaha institusi-institusi agama yang mewar-warkan keburukan rokok ini juga tidak meluas. Selangor, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang Perlis dan Pahang telah mengeluarkan fatwa rokok itu HARAM, namun tidak digazetkan/diwartakan lagi ke seluruh negeri. Mungkin fatwa ini dipersetujui ramai, namun usaha untuk kita membendungnya mestilah secara langkah demi langkah, bukan secara terus dan menyeluruh. Berhenti merokok secara step by step kata orang kampung saya.

Mungkin pihak yang bertanggungjawab boleh membuat iklan yang lebih berkesan dan menarik, menggunakan ikon-ikon yang mempunyai pengaruh yang ramai, menguatkuasakan undang-undang larangan merokok di kawasan awam (stadium, sekolah, bandaraya, stesen bas etc.). Biar sampai orang nak merokok kena sembunyi-sembunyi dalam semak semacam orang curi-curi nak berbuka puasa di siang hari.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

3 Comments to "Musim Sejuk : Panaskan Badan Dengan Rokok!"

  1. apa agaknya langkah yang step by step yg sesuai tu?hmmm

  2. rasanya dah tulis di perenggan terakhir..=)

  3. i mean, yg pasti akan beri kesan?
    lgpun langkah tu kan dah diambil?
    still, x spt step by step pon...

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft