Kisah Morocco Di Musim Sejuk 2010

Minta maaf sekali lagi sebab malas nak update blog ini. Tak tahu sebab apa. Mungkin sebab ada Facebook dah sebagai laman sosial untuk berinteraksi dengan kawan-kawan yang lain. Tapi apa-apapun, saya masih menghargai kewujudan blogger.com ini sebab boleh kongsi idea dengan mengarang.

Nak buka cerita musim sejuk di Morocco kali ini. Sepertimana saya di tahun 1 di sini, Alhamdulillah saya berpeluang untuk menziarahi dua 'tempat bersejarah' dan amat menarik di musim sejuk; Ifrane di Fes dan Oukaimeden di Marrakesh. Almaklumlah tahun lepas tak sempat nak bawak adik-adik, sebab masalah jadual peperiksaan akhir yang tidak sistematik.

Tahun ini, syukurlah kami dapat berehlah bersama kerana sistem peperiksaan terutama di Rabat nampak lebih sistematik walaupun masih ada beberapa masalah rumit yang timbul. Alhamdulillah 3ala kulli hal.

Bulan Februari ini jugak, kami di sini sibuk dengan kedatangan beberapa VIP dari Malaysia. Pertamanya rombongan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), Datuk Dr. Zulkefli bin A.Hassan. Delegasi ini datang untuk berbincang dengan pihak ISESCO (Bahagian Pendidikan OIC) sebagai penawaran Malaysia menjadi tuan rumah persidangan KPT Negara-negara Islam sekitar Oktober ini.

Pagi tadi, Menteri Besar Negeri Sembilan ada buat kunjungan hormat ke rumah kami di Bouhlal. Ramai jugak ahli rombongan dari Negeri Sembilan tadi termasuklah Ahli Majlis, Ketua Polis, Mufti dan wartawan-wartawan media. (walau ada orang tak percaya saya cakap wartawan TV3, RTM, Star dan Bernama ada datang rumah kami tadi). Siap masuk bilik, dapur dan tandas lagi. Nasib baiklah rumah kami pemenang Anugerah Rumah Terbersih Morocco 3 tahun berturut-turut=>

Apa-apa pun, tengok je lah muka-muka kami nanti di media-media perdana tanah air. Kami bukan nak masuk TV sangat, tapi diorang yang sibuk sangat ambil gambar kami. Kalau tak, abang-abang tu takda kerjalah semua. Membazir je diorang kumpul duit beli DLSR besar-besar kalau tak ambil gambar kami ni..

Malam ni pula, mahasiswa-mahasiswa Selangor ada majlis makan malam bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid bin Ibrahim bersama delegasi beliau. Masa ni lah baru ada orang tahu beza antara Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Khalid Jamlus dan ada jugak yang sebut Khalid Patail...macam-macam~

Haa, ni yang malas nak start menaip, dah mula panjang dah. Nanti-nantilah saya masukkan gambar-gambar aktiviti kami di sini, insyaALLAH. Jangan lupa tengok kami di TV dan Suratkhabar ya!=)


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

0 Comments to "Kisah Morocco Di Musim Sejuk 2010"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft