Pilihanraya Umum PMMM


KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM AHLI MAJLIS TERTINGGI
PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA DI MAGHRIBI (AMT PMMM)
SESI 2010/2011

Presiden
MUHAMMAD ASLAM BIN YAACOB

Timbalan Presiden
MOHD IKRAM HAKIM BIN MOHD RADZI

Setiausaha Kehormat
KAMARUZAMAN BIN ZALI @ GHAZALI

Timbalan Setiausaha Kehormat 1
NAIM SIDQI BIN MUSTAFA

Timbalan Setiausaha Kehormat 2
NOORAZMA BINTI MOHD TOHA

Bendahari Agung
JAWAWI BIN MD YUSOF

Timbalan Bendahari Agung
SHARIFAH MUNIRAH BINTI SYED MOHD SUHAIMI



Nak komen ala-ala penganalisis politik boleh tak?Ngee~ Organisasi AMT untuk sesi 2010/2011 ini jika dilihat secara kasarnya adalah mirip AMT 2008/2009. Perlukan penjelasan? Saya rasa anda boleh merungkaikan sendiri. Apa-apa pun, tahniah dan takziah diucapkan kepada penama-penama di atas. Gunakan peluang menimba pengalaman ini untuk kehidupan masa hadapan.

Kadang-kala saya pelik, ramai yang tidak mahu melibatkan diri di dalam organisasi persatuan. Bimbang dikatakan gila jawatan? Mungkin. Tapi itu tidaklah bermakna benar. Walhal dalam masa yang sama mereka ingin menyambung pengajian atau pekerjaan di sana sini dengan kedudukan yang boleh dikatakan selamat dan selesa. Yang ini tidak termasuk dalam 'gila jawatan' pula kah?

Bagi saya, ko-kurikulum dalam penglibatan berpersatuan ini memberi suatu kelebihan kepada kita bukan sahaja untuk kerjaya atau melanjutkan pelajaran, namun untuk meneruskan kehidupan kita pada masa akan datang. Percayalah. Inilah peluang untuk kita belajar memajukan diri kita sebagai mahasiswa yang berintelektual yang bukan sekadar mengikut, bahkan memimpin perubahan.

Selamat berkhidmat saya ucapkan kepada semua. Jawatan ini adalah amanah yang harus kita pikul sebelum memikul amanah-amanah yang lebih besar kelak. Belajarlah daripada pengalaman. Kepada yang mengundi, bagilah kerjasama yang sebaiknya kepada barisan AMT. Mereka bekerja bukanlah kerana gaji mahupun darjat yang lebih tinggi, tetapi kerana menjalankan amanah yang telah kalian beri kepada mereka. Kita adalah sama, berada di situasi yang berbeza. 1PMMM.


p/s: Harap-harap rezeki Timbalan Presiden dua sesi berturut-turut sentiasa murah. Tolong ameenkan yea=)



'New Idea, New Will, New Hope..'

3 Comments to "Pilihanraya Umum PMMM"

  1. setuju..

    Tahniah..~~

  2. tahniah lah ye kabinet2... :D

  3. tahniah syekh..terbaek sokmo~

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft