Serangan Psikologi Melalui Istilah


Sekarang ini seluruh masyarakat di dunia bersemangat untuk berdemonstrasi, memboikot ekonomi Yahudi dan sekutunya Amerika. Itu secara umum. Umat Islam sekarang ini selain daripada demo dan boikot, penuh khusyuk bersolat hajat dan berqunut nazilah. Alhamdulillah, masih ada yang masih perihatin dengan sekumpulan manusia yang dizalimi di ceruk sana.

Isu Palestin ini adalah isu kemanusiaan sejagat. Jika kita pandai memanipulasikan peluang, kita seharusnya mampu untuk mengajak seluruh masyarakat dunia supaya tidak bersetuju dengan tindakan Israel ini. Namun kini umat Islam masih tercari-cari rentak untuk menyusun strategi sedang pihak Israel telah melaksanakan keberapa ratus kali strategi mereka untuk mengawal dunia.

Dari aspek umat Islam, kita sebenarnya telah memiliki kelebihan untuk menewaskan pihak Israel, namun kegagalan untuk kita menguruskan kelebihan itu melambatkan proses kemenangan. Satu kelebihan Israel sekarang adalah mereka sedang menguasai dunia sedangkan umat Islam masih lagi di peringkat hanya mampu berdemo, memboikot dan menandatangani memorandum. Selepas itu, balik rumah, senyap sunyi tanpa khabar. Dan dengan senang lenang menafsirkan tindakan mereka bahawa sekurang-kurangnya membenci tindakan itu dengan hati yakni selemah-lemah iman.

Doa itu perlu untuk kebaikan saudara seIslam kita. Demo itu juga perlu untuk menaikkan semangat dan mengingatkan kembali kita yang sentiasa alpa. Boikot ekonomi mereka? Saya lebih suka untuk menggunakan istilah, kita 'Mendahulukan Ekonomi Umat Islam'. Sebenarnya, istilah BOIKOT dari psikologinya kita lihat seperti sesuatu tindakan yang negatif, seperti membalas dendam dengan memulaukan sesuatu pihak. Mungkin akan ada yang akan beranggapan Islam itu zalim, ganas, ekstrim, jumud dan teroris dengan istilah negatif tersebut.

Jadi perkataan 'Mendahulukan Ekonomi Umat Islam' lebih harmoni tanpa ada unsur negatif di dalam tindakan kita. Tindakannya sama, cuma istilahnya adalah berbeza. Jika Israel bijak menggunakan serangan psikologi, mengapa kita tidak menggunakannya kembali. Adakah kita hanya menolak strategi ini dengan alasan, taktik ini telah digunakan oleh pihak Israel? Jangan sombong wahai pendokong-pendokong Islam=)

Tindakan untuk jangka masa terdekat :-
  • Berdoa dan berqunut Nazilah
  • Memberi dan menyatakan bantahan kepada pihak Israel dengan berhemah
  • Mendahulukan ekonomi umat Islam semampu yang boleh


"Tertutup Jangan Jumud, Terbuka Jangan Hanyut"

0 Comments to "Serangan Psikologi Melalui Istilah"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft