Percayalah, pelangi akan muncul jua=) Dari Timur ke Barat, semua menentang keganasan Zionis terhadap Palestin itu. Apakah tindakan kita seterusnya? Mungkin bukan untuk melihat kemenangan setahun dua terdekat, tapi mungkin kemenangan 10 tahun akan datang. Yang penting, kita perlu usaha ke arah itu. Bukan sekadar bising ibarat tin kosong, tetapi hanya mengharapkan kepada orang lain untuk melakukannya. Kalau bukan kita, siapa lagi.
- Bina Tarbiyah bermula dari Institusi Keluarga dan Institusi Pendidikan.
- Peranan media memanipulasikan serangan psikologi.
- Bina kekuatan Ekonomi dan Ketenteraan.
Tarbiyah Keluarga dan PendidikanSepatutnya semua umat Islam perlu ada asas agama walaupun mereka bukan belajar di bidang agama. Solat, Al-Quran dan Kelas-kelas agama menjadi kelaziman setiap yang bergelar Muslim. Bermula dengan keluarga; suami, isteri, ayah, emak, abang, kakak, dan sebagainya. Bukan sekadar keluarga terdekat, tetapi kaum kerabat dan saudara mara.
Dekatilah adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang kita. Cuba untuk tidak segan menasihati dengan saudara mara terdekat kita. Dan yang paling penting, dengan hikmah. Tolong jangan datangkan fitnah kepada Islam yang suci.
Era persekolahan juga memainkan peranan penting untuk membentuk asas agama di dalam diri setiap generasi Islam. Bermula dengan guru-guru. Sepatutnya bermula di Maktab Perguruan bagi menghasilkan produk pendidik yang beramal dengan Islam dan mempunyai pemikiran Islam yang jitu. Itulah kilang pendidik sebelum menghasilkan anak didik. Jangan serahkan tugas ini untuk Ustaz Ustazah sahaja. Siapa kata Guru Matematik atau Guru Pendidikan Jasmani tidak boleh bercakap mengenai Islam? Mereka juga pendidik!
Bermula pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan alam universiti semuanya perlu kepada sentuhan Islam yang asas. Apa yang dimaksudkan dengan asas itu? Melihat kepada masyarakat kita sekarang, saya akan tersenyum gembira bila masyarakat kita sentiasa menjaga solat, lancar membaca Al-Quran, menutup aurat dan tahu Halal Haram. Itu sudah cukup untuk peringkat sekarang.
Kita berbangga dengan kejayaan anak-anak kita yang dapat mengkhatamkan Al-Quran semenjak tadika, tetapi kita masih malu muka dengan kes-kes kelahiran anak luar nikah di sekolah rendah, menengah dan universiti. Mendekati masyarakat, tanggungjawab kita bersama. Bukan sekadar beruzlah di dalam gua, masjid dan depan laptop masing-masing~
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
0 Comments to "Langkah Perlu Dimulakan Dengan Impian"
Post a Comment