Sebelum ini kita menyentuh berkenaan dengan peranan institusi keluarga dan pendidikan. Tidak cukup untuk setakat itu sahaja, kita juga perlu mengorak langkah lebih maju sebenarnya. Tetapi, biarlah kita bermula dengan asas masyarakat terlebih dahulu iaitu; keluarga dan pendidikan.
Suka untuk saya menyelit kata-kata daripada Ustaz Pahroul Md Joui, "
Kalimah ALLAHUAKBAR di dalam demonstrasi itu cantik dan bersemangat, namun kalimah ALLAHUAKBAR di dalam solat lima waktu berjemaah itu lebih besar maknanya.."
Peranan media memanipulasikan serangan psikologiPenggunaan-penggunaan istilah di dalam masyarakat adalah bermula dari media. 'Mat Rempit', 'Pengganas', 'Pak Lah' dan banyak lagi, gurunya adalah media. Televisyen, suratkhabar, radio dan internet. Itu semua adalah guru kepada masyarakat sekarang. Mahu tidak mahu, kita juga perlu menggunakan peranan media ini untuk mendidik masyarakat ke arah akal yang lebih sihat.
Kenapa kita umat Islam tidak menggunakan peranan media massa ini untuk turut melancarkan serangan psikologi terhadap musuh Islam. Bagi saya, untuk masa sekarang, media adalah 'Sekolah Umat' yang paling berkesan. Gunakan istilah pengganas kepada musuh Islam pada gambaran mereka dan apa yang difikirkan perlu. Saya sedang menunggu sesiapa yang berani untuk bertindak lebih daripada menerbitkan Nur Kasih, Al-Kuliyyah, Akademi Al-Quran, Akademi Nasyid, Imam Muda dan lain-lain. Saya ingin menjadi sebahagian daripada mereka.
Kadang-kadang ramai yang terlepas pandang bahawa khutbah jumaat juga merupakan media yang boleh kita gunakan untuk menyebarkan kefahaman kepada umat Islam secara langsung. Jadi dari sudut ini, sepatutnya teks khutbah perlulah lebih realistik agar dapat memasuki realiti masyarakat sekarang dan bukan sekadar teori semata-mata. Khutbah juga perlulah lebih segar agar para pendengar khutbah mampu mendapat sesuatu daripada khutbah tersebut.
Malaysia adalah antara negara terbaik kerana menyiarkan khutbah dan solat jumaat secara langsung. Ini merupakan suatu perkara yang boleh dipuji dan sepatutnya kita perlu mengambil peluang ini dengan sebaiknya untuk menyatukan pemikiran masyarakat Islam di Malaysia. Namun kenapa kita masih tidak mampu bersatu? Bak kata sahabat saya, Zaid Bakar Redin, "Check Balik!".
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
0 Comments to "Langkah Perlu Dimulakan Dengan Impian (2)"
Post a Comment