Langkah Perlu Dimulakan Dengan Impian (3)


Bina kekuatan Ekonomi

Kenapa kita sibuk melaungkan 'boikot barangan Yahudi dan Israel' berbanding kita sibuk untuk menghasilkan produk alternatif umat Islam yang kualitinya sama dengan produk mereka. Saya ingin menarik perhatian kalian semua berkenaan dengan pengalaman saya berada di Saudi beberapa bulan dahulu.

Saya secara peribadinya teruja dengan restoran makanan segera 'Al-Baik', formatnya sama seperti KFC, namun perkhidmatan mereka amatlah menakjubkan. Sedap, mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat dan cepat. Menurut sahabat-sahabat di Saudi, ada di suatu tempat di Makkah, Al-Baik dan Pizza Hut dibina bersebelahan. Jelas menunjukkan perbezaan yang mana Al-Baik dipenuhi pelanggan manakala Pizza Hut pula sunyi sepi.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah penghasilan alternatif barangan kepada pengguna Islam. Alhamdulillah sekarang ini kerajaan juga telah membela peniaga-peniaga industri kecil dan juga HPA sudah mengorakkan langkah lebih maju. Harapannya agar untuk akan datang lebih banyak produk-produk Islam akan lahir bersama dengan kualiti yang boleh bersaing dengan produk luar, insyaALLAH.

Isu Ketenteraan

Isu kententeraan untuk setakat ini masih sepi. Semua pihak masih belum berani bersuara berkenaan dengan isu ketenteraan kecuali Iran. Hakikatnya, Malaysia pernah dianugerahkan sebagai pasukan tentera terbaik dunia ketika berkhidmat pada beberapa misi keamanan. Jika pemimpin-pemimpin berpakat dengan beberapa negara Islam, mengacah musuh Islam, mungkin mereka lebih takut untuk bertindak bebas. Janganlah berharap sangat terhadap PBB yang dikuasai oleh pihak sekutu-sekutu mereka.

Iran dengan nuklearnya, Lubnan dengan Hizbullahnya, Malaysia dengan ATMnya, Turki dengan pemimpin lantangnya dan mungkin boleh mengajak beberapa lagi negara lain yang tidak bersetuju dengan tindakan Israel ini (mengajak dunia melihat sebagai Isu Kemanusiaan). Kenapa tidak pada masa ini juga kita mengajak Al-Qaeda dan JI yang dicop pengganas sebelum ini berjuang pada tempatnya dan masanya. Berkompromi secara baik dan terancang, namun risikonya pasti ada.

Sebelum ini, ada pendapat yang tidak bersetuju dengan tindakan Malaysia untuk membunuh Dr.Azhari, pereka bom merbahaya yang dikaitkan dengan JI, juga Nordin Mat Top. Ada cadangan untuk pihak Malaysia menangkap mereka, mengubah pemikiran mereka dengan mengajak dan meminta untuk membuat bekalan bom kepada tentera Malaysia. Kenapa kita membunuh 'permata' yang disegani oleh pihak Amerika tersebut?

Di sini saya hanyalah mampu bercakap, belum mampu untuk melaksanakan apa yang difikirkan. Mungkin dengan perkongsian ini dapat membuka minda kalian untuk melihat kemenangan Islam mungkin 10 atau 20 tahun akan datang. Tulisan ini bagi saya tidaklah membawa ancaman kepada keselamatan negara. Takut juga bila sebut pasal bom-bom di kawasan awam ini. Jangan tangkap saya kerana idea berkenaan ketenteraan ini adalah pilihan paling terakhir selepas tarbiyah masyarakat, peranan media dan penguasaan ekonomi.

*Jika Islam bercakap berkenaan bom, dikira pengganas. Namun jika Zionis sudah melontar bom, masih lagi dikira sebagai pembela hak..Ayyok!!


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

1 Comment to "Langkah Perlu Dimulakan Dengan Impian (3)"

  1. Ikram semakin sebati dengan tulisannya. Cayalah :)

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft