A Night In Casablanca

Kesibukan dalam urusan kuliah, PMMM dan lain-lainnya, merencatkan konsisten saya dalam penulisan blog. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran FB yang memudahkan bagi penggunanya seperti saya mengemaskini status ringkas, memberi respon dan sentiasa mendapat maklumat dan berita dari laman FB.

Baru-baru ini, saya di'tugas'kan untuk mengiringi pegawai Yayasan Terengganu (YT), En Mazlan yang datang bersama mahasiswa-mahasiswa baru dari Terengganu. Alhamdulillah, sepanjang lima hari bersama beliau, saya memperolehi banyak pengalaman dan pembelajaran tidak formal. Persoalan, perbincangan dan kritikan bersama beliau banyak mencelikkan minda saya yang masih mentah dan muda berbanding En Mazlan yang penuh pengalaman.

"A Night In Casablanca", kata En Mazlan merujuk kepada bermalam satu malam di Casablanca sebelum penerbangan pada keesokan hari. Itu juga merupakan tajuk sebuah filem Hollywood.

Sebagai seorang pegawai kerajaan negeri, kadang-kadang saya terlupa untuk meletakkan diri beliau di tempat yang sepatutnya. Walaupun beliau seorang yang sempoi dan hanya berprotokol pada dirinya sendiri, tetapi demi menjaga standardnya sebagai pegawai kerajaan negeri, saya perlu memberikan keselesaan dan meletakkan martabat yang sesuai bagi beliau. Minta maaf En. Mazlan di atas kekurangan sepanjang keberadaan En Mazlan di bumi yang penuh kubu, penuh bangunan tak moden dan penuh teksi buruk ini=)

Dengan En Mazlanlah saya lebih mengetahui tentang IMTIAZ kerana beliau merupakan orang kuat IMTIAZ. Nak kata betapa kuatnya beliau di IMTIAZ, beliaulah yang menentukan silibus IMTIAZ, beliaulah yang memilih panel untuk menyusun silibus IMTIAZ, pemilihan guru-guru IMTIAZ adalah melalui beliau dan banyak lagi bukti-bukti kekuatannya di IMTIAZ=D

En Mazlan bersama mahasiswa ketika 'majlis makan tiba-tiba' di Kenitra~

Salah satu kekaguman saya pada En Mazlan adalah ketekunan beliau pada tugas. Kata beliau, kedatangan beliau ke Maghribi ini dengan dua misi. Pertama, mengiringi mahasiswa baru dan keduanya adalah mencuba membuat rayuan kepada mahasiswa memohon tajaan YT yang masih belum diterima. Seandainya boleh Alhamdulillah, seandainya masih tidak diterima, redha selepas berusaha. Tiada misi ketiga dan tiada untuk melancong!! Itulah En Mazlan Che Wil. Tabik spring untuk beliau! Ayuh!!=D


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

3 Comments to "A Night In Casablanca"

  1. jais tamat tempoh

    pegawai negeri lain pun buat kerja.. (last minute)
    hee

  2. hehe..saya tak kata pon dalam entry ni pegawai negeri lain tak buat kerja kan kan=D

  3. Assalamualaikum.
    Sy salah seorang lepasan SPM dr SM Imtiaz, tinggal di area Kuala Terengganu dan berhajat nak apply untuk ke Morocco jugak tp masih kurang jelas prosedur2 utk buat permohonan. Mohon dgn KPT dulu ke sebelum YT ? Untuk hntr permohonan ke KPT ni kena combinekan skali dengan dokumen2 penting yg ada dlm list blog PMMM tu kan ? ke macam mana ye ?

    *maaf, jadi panjang pulak*

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft